Thursday 25 April 2013

FAKTOR KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa
manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.


Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Hubungi saya untuk dapatkan harga menarik.


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Wednesday 24 April 2013

Lecithin untuk kurus


Lecithin (Emulsifier Semulajadi)

Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol
Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Kod Produk 10163 (180 kapsul)
Hubungi saya untuk dapatkan harga special...


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Sunday 21 April 2013

Kalsium booter terbaik selain Alfalfa


Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.



Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.



Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.



Tahukah anda?

Protien



Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.



Kalsium


Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!




Hubungi saya untuk info dan tawaran harga menarik.



post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Kalsium : Penting Untuk Ibu Hamil

Bagi ibu-ibu yang mengandung, usah rasa bimbang atau takut untuk mengambil vitamin atau makanan tambahan kerana risau jika baby besar. Sebenarnya semasa di awal kehamilan lagi ibu-ibu perlu mengambil vitamin bagi memastikan kandungan mendapat segala zat yang diperlukan. Kita sendiri sedia maklum bahawa kita memerlukan makanan untuk 2 orang.
Kekurangan kalsium pada ibu-ibu yang mengandung boleh megundang kepayahan semasa meneran? Mari baca info dari KOSMO.
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
Para ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau. 
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
Diet sumber asli.
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. 
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium.
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.


Testimoni Pengguna Kalsium





Hubungi saya untuk dapatkan info dan tawaran harga menarik.

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Testimoni Vitamin Untuk Kulit Cantik


Hari ini kita bercerita tentang VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK.Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.Semua teruja nak cantik.Tapi perlu amik tahu apa yang terkandung dalam produk itu,adakah ianya selamat dan tiada kesan sampingan? Shaklee sememangnya vitamin semulajadi yang tiada kesan sampingan ye,tiada pewarna dan selamat digunakan oleh semua golongan.Apa yang ada dengan Set untuk kulit cantik ini?



American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

-Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
-Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
-Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
-Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Mencegah penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
-Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

TESTIMONI PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK SHAKLEE





Hubungi saya untuk info dan harga tawaran yang menarik.....


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Testimoni Vitamin Ibu Menyusu : Rahsia susu mencurah-curah


Salam Ceria mommies...

Mari kita mulakan hari ni dgn minda yg positif. Yakin padaNya dgn apa yg kita minta... Buat mommies yang merasakan susu merudum dan tidak cukup untuk membuat stok EBM, La tahzan!! No worries. Jom kita ikuti perkongsian dari Puteri tentang bagaimana beliau mengatasi masalah menyimpan stok semasa berpantang. Semoga mommies mendapat suntikan inspirasi dari perkongsian beliau... Yakin la kerana tiada yang mustahil dengan USAHA + Teknik Yg Betul + Doa !!
"TABAHLAH DALAM MENYUSUKAN SI COMEL TERCINTA. KETABAHAN ITU SUATU PILIHAN!" ~ Nik Ha
Puteri and her montel!

selepas melahirkan adam, saya tidak menghadapi masalah yang besar untuk menghasilkan susu yang cukup. cuma saya dapati saya tidak mengalami bengkak susu yang kerap sepertimana ketika melahirkan aliyah. saya agak risau pada mulanya. walau bagaimanapun pengalaman sedikit sebanyak mengajar saya. adam menyusu setiap 2-3 jam, kadang- kadang boleh tidur sehingga 4 jam di waktu malam. dia tidak melekat lama dengan saya, cukup kenyang, dia terus tidur. ini adalah indicator yang saya guna untuk meyakinkan diri saya bahawa adam mendapat susu yang cukup dan mengenyangkan.

walau bagaimanapun, selepas 3 minggu berpantang, saya masih belum menyimpan stok yang banyak. kali ini saya mahu mengumpul stok lebih awal, supaya tidak tertekan apabila semakin hampir masa untuk kembali bekerja. dan saya dapati, sukar untuk saya membuat stok sekiranya susu tiada lebihan. semua dah kena tapau dek adam!

saya kembali merujuk kepada tips istimewa yang saya terima untuk membolehkan saya kembali mengumpul stok. saya berdisiplin membuat power pumping selama seminggu, makan vitamin dan minum ESP mengikut aturan. alhamdullilah, saya boleh mula mengumpul stok (tak ingat pun nak ambil gambar, masa tu mana lah ada blog ni pun hehe). akhirnya saya lega apabila jumlah stok adalah mencukupi untuk saya bersiap sedia kembali bekerja.

power pumping
bagi ibu- ibu yang mengalami masalah untuk stok susu sebelum kembali bekerja ataupun berasa bimbang melihat lebih banyak stok keluar dari masuk, anda perlu tabah memulakan power pumping. kekuatan mental adalah lebih penting berbanding kudrat tenaga di sebalik kaedah power pumping ini. ada masanya kita hanya dapat 1oz dalam masa sejam mengepam! tapi percayalah cakap saya, jika kita konsisten, kuat semangat, 1oz akan jadi 2oz, 3oz, 4 dan 5! tidak mengapa jika kita hanya mengepam angin (sampai naik hangin), yang penting otak kita menerima signal bahawa hormon perlu menghasilkan susu untuk memenuhi keperluan bayi. ingat ya kawan- kawan, tiada jalan singkat membesarkan anak termasuklah memberi mereka yang terbaik iaitu susu ibu. untuk ibu- ibu baru, atau bakal ibu, whatthefish is power pumping?! caranya:
pam 10 minit, berhenti 10 minit, sambung lagi 10 minit, selama sejam. BOLEH?!
minum air
mudah? hehehe..tak semudah yang disangka jika ia bukan tabiat kita. ada orang malas nak ke tandas (saya pun dulu- dulu), ada orang malas nak top up air bila dah habis (saya juga kadang- kadang), ada orang tak suka air putih, ada orang kata nak muntah minum air banyak- banyak. fikirkan. jika mama- mama beritahu bayi anda "sorry, mama tak minum air cukup hari ini, jadi mama tak dapat hasilkan susu yang cukup ya" baby mesti jerit "ada aku kesah??!!" jadi, jika betul mahu menyusukan bayi (apatah lagi nak buat stok) minumlah air secukupnya. jangan kerah badan anda untuk menghasilkan susu tanpa disokong dengan pengambilan air yang cukup. dan jangan sesekali assume yang kita cukup minum air. ambil botol 1L atau 1.5L, dan sukat berapa banyak dah minum sepanjang hari. saya yakin anda akan nampak perubahannya.

direct feeding
susukan lah bayi setiap kali bayi minta. mudah kan?!!

selain itu ibu- ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat. untuk memastikan kecergasan sepanjang hari (nak pegi office, nak sediakan itu ini, nak bermain dengan anak- anak, dan lain- lain) semua ini memerlukan tenaga. berilah badan anda sokongan yang sepatutnya ya mama!

mahu mengumpul stok atau mahu tenaga untuk mula power pumping secepat mungkin? saya cadangkan ibu- ibu mendapatkan set premium ini. apa yang ada dalam set ini?
set premium breastfeeding : 
alfalfa, b complex, vit c, vita-lea, energizing soy protein & ostematrix
 
credit to : Blog : http://meandmyvitamins.blogspot.com/
Maklumat lanjut boleh hubungi saya
Shaklee Independent Distributor
ID : 888214
Nurhafizah Abu Razak
call/sms/watsapp : 019-3009692
COD area : Jitra, Alor Setar, Guar Chempedak, Gurun dan Sungai Petani




Testimoni yang kami berikan adalah hasil perkongsian customers yang sangat berpuas hati dengan produk Shaklee yang mereka amalkan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Tuesday 16 April 2013

Amazing pasai ESP


Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera

Hari ni nak update blog cerita gembira pasai penyusuan susu ibu. Setiap hari saya minum ESp time kui 10.00 - 11.00 am sebelum lunch. konon2  nak tahan daripada lapar..tapi bila sampai time lunch tetap gak makan nasi..hahahahah

So, saya cakap kena tukar plan minum ESP la. Esoknya..bangun pagi mandi, sembahyang, prepare tuk gi opis, siap-siapkan anak tuk hantar pengasuh dan saya akan minum ESP before keluar rumah. so far, membantu saya tahan lapar sebelum nak breakfast.

Dalam linkungan jam 11.00 pagi saya akan mula sesi mengepam....
Sangat Amazing apabila susu yang saya pump hampir 12oz..sangat banyak daripada hari2 lain. so pendapat saya, minum ESP b4 breakfast keputusannnya susu akan banyak.





Nantikan gambar susu yang snap.....;-)


Hubungi saya sekiranya ingin dapatkan ESP dengan harga special...and free consultation.


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Sunday 14 April 2013

Tips Penyusuan Ibu - Demand VS Supply


Alhamdulillah...Entry pagi ni saya tujukan khas buat ibu2 menyusu diluar sana.. saya masih lagi ibu menyusu.. anak saya kini berusia 7 bulan.. Cabaran saya masih ada 1 tahun 5 bulan untuk menyusu anak saya.... Memandangkan majoriti customer saya disini adalah ibu menyusu. Hanya perkongsian ilmu disini dan doa yang mampu saya kirimkan buat anda, sbb saya bukannya ahli magician.. ahaha.. ... setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya.. maka mari kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya.. Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka.. Kecekalan,azam, yakin padaNya.. in sha Allah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan.... Dan di bwah ini saya senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan....

_________________________________
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
 

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)



credit to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni




Jika anda berminat dgn pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.






* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
Tak percaya?. Sila baca

kisah2 ibu yg teruja dgn shaklee



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Supplement untuk anak yang sukar makan


                                                     

Sebagai seorang ibu,saya berpendapat biarlah belanja lebih sedikit untuk kesihatan daripada berbelanja untuk rawatan.

Jadi ini merupakan antara supplemen yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas:

1. Mealshake

2. Omega guard

3. Vitamin c chewable

Anak saya sangat menyukai mealshake! Selalunya saya bancuh sekali dgn susunya atau dengan fresh milk dutch lady.

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

ZINC COMPLEK - APA YANG ANDA PERLU TAHU?

17 kebaikan supplement Zinc Shaklee

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Saya juga mbekalkan Zinc Complex untuk ayah saya setiap bulan, Alhamdulillah katanya, badan makin cergas...seronoknya dgr...ye la ayah saya dah pencen pn 7 tahun yg lalu....love u abah !! Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc...


 1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna


3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.


8. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan


9. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Penting nya Zinc ni dlm kehidupan seharian kita, jadi apa lagi. Contact saya untuk order ya...    




post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...