Sunday 30 June 2013

Bagaimana Shaklee Membayar Bonus Anda

 Assalamualaikum..

Kini sudah berakhir bulan Jun 2013. Dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa pulak. Persediaan anda bagaimana? Saya telah menyediakan supplement untuk bulan puasa nanti agar kenyang lebih lama seperti ESP , Meal Shake dan Performence Drink.

Di sini saya nak berkongsi dengan anda bagaimana shaklee membayar kita dengan bonus setiap bulan.

Peluang Jana Pendapatan di Shaklee
Program Ganjaran Tunai
Bonus Kumpulan Peribadi (21%)
Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.
Bonus Kempimpinan (21%) (sehingga 6 paras ke atas)
Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.
Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.
Insentif Coordinator (sehingga 1.5%)
Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.




Di sini senarai pendapatan bonus yang telah saya dapat sepanjang berbisnes dengan shaklee.

12 April 2013 - RM 76.08

14 Mei 2013 - RM 111.20

13 Jun 2013 - RM 148.56

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya.


post signature
 Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Monday 17 June 2013

Set Kesuburan Shaklee

 Cahaya mata penyeri keluarga

Memang org cakap, rezeki masing-masing, tapi pujian harus diberikan kepada mereka yg tak jemu berusaha disamping berdoa kepada  Allah yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Antara yang boleh dilakukan adalah melalui pemakanan.


kehadiran cahaya mata menyerikan lagi rumahtangga.

Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement).  Saya tidak lah pandai untuk mengulas lebih lanjut tentang ini. Kerana saya bukan pakar. Boleh rujuk di blog pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat. 

Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai .
sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.
Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan
5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Cara pemakanan supplements
Untuk Suami
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.

Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 

Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.






 Berminat ? Hubungi saya sekarang!!!

Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Resepi ESP da Meal Shakes - Menjelang Puasa






 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang tengah open my pages www.ummeevytamin.blogspot.com. Entry hari ni saya nak kongsi resepi ESP dan Meal Shakes menjelang bulan puasa akan datang. For breastfeeding moms pun sangat sesuai kerana ESP ni dapat membantu ibu-ibu kenyang dan memberi tenaga. Susu juga akan jadi lebih pekat. Saya kongsi juga kehebatan Meal Shakes yang hampir sama dengan ESP. Tetapi Meal Shakes ni lagi sedap keranaberperisa French Vanilla. Cara bancuhnya juga sama dengan ESP. Tetapi kalau combine 2-2 ESP dan Meal Shakes hasilnya lagi sedap. Senarai berikut merupakan cadangan dan cara bancuhan ESP dan Meal Shakes.
Cara bancuh ESP - kalau nak bancuh Meal Shakes pun sama ja

So, persediaan sebelum berpuasa saya akan bancuh minuman ketika bersahur satu sudu besar ESP dan satu sudu besar Meal Shakes ke dalam 200ml air sejuk kosong. Lepas tu shake dan terus minum.





Berminat dengan ESP dan Meal Shakes...Hubungi saya sekarang!!!


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Cara bancuh ESP

ESP adalah antara suplemen hot selling kami kerana keberkesanannya yang memang terbukti dan tidak dapat dinafikan. antara kesan pengambilan ESP :-


  1. susu badan cepat penuh dan pekat
  2. rasa kenyang yang lama
  3. rasa lebih energetic selepas consume ESP
  4. kulit makin cantik (untuk BF mommies, kulit baby pun jadi cantik dan halus)
  5. payudara yang semakin mantap
  6. dll
then, soalan paling popular apabila ESP sampai ke tangan kawan2 ialah " Akak, macam mana cara nak minum ESP ni?"hehehe... saya cuma ada satu jawapan yang standard je..

- bancuh sesudu besar ESP dengan air suamjangan bancuh dengan air panas kerana air panas akan merosakkan kandungan protein ESP tu
- air suam tu samada plain water, milo, horlicks, susu anmum, jus buah-buahan etc - fave drinks kawan2.tapi, toksah le bancuh dengan kopi or air gas pulak ye.. 
- buat shake
maksium 3 kali sehari jek ambik  
ahaks! as for me, saya punya resepi mudah aje.. saya letak air suam dalam tumbler, bubuh milo/ horlicks 2,3 sudu dan tambah sesudu besar ESP. goncang! lepas tu minumlah. tekak saya ni masuk apa pun okey je.. :)

ini pula resepi lain yang boleh dicuba...

" rendam 2-3 biji kurma dalam segelas besar susu segar..simpan semalaman dalam peti ais..esok paginya...bancuh susu yg dah direndam dgn kurma tu dengan sesudu besar ESP (Soy Protein)...shake2...minummmm...kurma tu makan..jgn gi telan lak..huhu...pasti anda dapat additional power sepanjang hari...InsyaAllah.."

then, lagi satu.. blend badam, kismis, susu dan ESP together. shake dan minum. atau bancuhkan ESP bersama jus tropicana. wow! marvellous taww!!

lagi satu resepi, kepada kawan2 yang beli ESP dan Performance Drink.. haaa.. korang boleh mix both bersama dan shake! maka jadilah dia ESP berperisa oren (^_^). memula saya tak tahu, then kawan saya yang sorang ni bagitau dia buat macam tu (sebab dia tak tahan rasa ESP tu, tapi telan demi baby) - memang sedap! :p


Ini entri senarai resepi dan cara minum ESP yang saya sediakan untuk korang, sila klik di sini.

disyorkan shake sebab ESP ni memang pekat. kalau takat kacau2 dengan sudu rasanya masih ada ketul2 kan? haaa...

so, kalau korang ada resepi lain.. mehla kongsi kat siniPENTING SGT2 sebab ada di kalangan kawan2 kita yang susah nak telan ESP ni. sharing is caring kan? (^_^)







post signature
 Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir



Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).
2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.
3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.
4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).
Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.
Aku sama sekali bersetuju dengan 5 amalan tersebut. Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa Tun tidak menyelitkan “bersenam secara berterusan” ke dalam 5 amalan tersebut? Adakah ia membawa maksud Tun tidak/jarang sekali bersenam ketika zaman kerjayanya? Hmm. SS tidak berfikir begitu. Apa pula pendapat anda?
Kalau Tun sudah lama mengamalkan Shaklee, anda pula macam mana?


Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Monday 10 June 2013

Coenzyme Q10 (CoQHealth Plus) vitamin untuk kesihatan jantung!



Mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian diMalaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalam gaya hidup sihat seperti diet seimbang, mengambil supplement berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan mengambil alkohol. Oleh sebab itu, pada Shaklee National Conference 2013 yang berlangsung pada 8 Jun kelmarin, telah diperkenalkan produk terbaru dari Syarikat Vitamin No 1 dunia, Shaklee iaitu Coenzyme Q10 (CoQHealth Plus). 

Apa itu Coenzyme Q10 dan mengapa ia penting untuk badan kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui disetiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ2 yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Bagaimana CoQ10 bertindak??

CoQ10 >>bantu sel2 tubuh  bakar gula & lemak drp makanan yg kita makan >> nutrien yg terurai tadi menghasilkan tenaga >> penghasilan tenaga yg berulang setiap saat bantu jantung berdegup dan membolehkan organ2 lain berfungsi

CoQ10 membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengukuhkan otot2 jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. Juga menyokong pertalian antaran saluran darah yg menyumbang ekapada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat & membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pemgoksidaan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.


Perlukan CoQ10 ditambah dalam diet harian???

Ya kerana pengambilan CoQ10 yang diambil drp makanan selalunya kurang drp 10 mg sehari, tambahan lagi keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi diusia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. selain itu faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan pengambilan ubat2an tertentu juga boleh mengurangkan tahap coQ10 dalam tubuh.

Apakah perbezaan CoQHealth Plus:

  • Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
  • Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
  • CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diujia dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
  • Bebas gluten.

Berminat? Hubungi saya

credit to : anisvitashop




post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Apa itu Cyst?? Testimoni Pengguna GLA


Apakah Ovarian Cysts?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.





Mengapa GLA Complex?

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual (haid tidak teratur), monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.


Kepada rakan-rakan wanita yang pernah mengalami masalah ketumbuhan cyst ini, ingin kami sarankan agar mencuba & meneruskan pengambilan Shaklee GLA dengan konsisten dan istiqamah. Insya Allah. Berikut testimoni daripada salah seorang rakan blogger yg mempunyai cyst.


Dilla mula mengetahui kewujudan Cyst di dalam ovarinya yang bersaiz 5 cm ketika check-up sebulan selepas bersalin, dan hampir-hampir perlu menjalani pembedahan. Namun, berkat kesabarannya mengamalkan suplemen Shaklee GLA Complex, dan tidak lupa Doa kepada Allah, Alhamdulillah, cyst Dilla kini telah mengecut ke 1.4 cm!

"dulu 5.73 cm..pastu kecut 5.03cm...2.73cm...arini 1.4cm"


Menurut kata Dilla:
"Petang tadi pegi klinik untuk scan cyst ovariku...kali terakhir scan pada julai lalu, 2.73cm...dan hari ini, 1.4cm!...Syukur Alhamdulillah.....

Doc: Bagus ye, cyst dah kecut...Mcm mana tu? memang xde ubat utk kecutkan cyst ni...
Dila: Err...saya cuma amalkan makan supplement...Shaklee GLA..
Doc: Bagus! Tak payah operate...tak elok pun operate-operate ni...

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jugalah yang berkuasa mencipta dan menghilangkan sesuatu..."

Doa yang diamalkan untuk bantu mengecilkan cyst nya:

" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."

*Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari.

Sebelum ni saya mmg ada beberapa kwn yg mempunyai cyst tapi saya hanya mampu dengar je luahan hati mereka, tapi sekarang saya kongsikan disini agar perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada wanita2 yg mempunyai masalah yg sama.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit to : anisvitashop

Berminat?Hubungi saya.
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Sunday 9 June 2013

Darah Tinggi | Supplement Vitamin yang sesuai untuk pengidap darah tinggi / hypertension



Hypertension / Darah Tinggi

Jantung merupakan alat pengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi danjuga kematian jika tidak dirawat.

  • Kajian KEsihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) mengidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh no 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun mengidap darah tinggi.


Jom baca punca dan cara mengelak darah tinggi :-)

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca2 darah tinggi ni jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan.
Ubah cara hidup boleh mendatangkan kean yang sanagt baik -
  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok!

VITAMIN CADANGAN

Pengidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat & seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi pengidap darah tinggi. BAgaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. Pengidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan.
Semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid! ^___^
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga tau)
  • Lecithin - mengemulsi lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - Difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN

Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dlarang bagi pengidap hypertension. Walaubagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :
  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sgt tinggi.
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dsb.
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • alkohol
  • Susu - susu baik utk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pengidap darah tinggi.

Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Set Resdung/Ekzema/Alergi

SET  Untuk Resdung, Eczema,Allergi,Asma,Gegata

Apa itu Resdung?
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
Kenali Resdung dan cara menguruskannya

"Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Sumber : Utusan

Tip menguruskan resdung:
- Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
- Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
- Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
- Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
Sumber : Utusan


Bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkai (biasanya ibu bapa mempunyai salah satu simptom di atas, anak-anak juga berisiko untuk mendapat salah satu dari 5 serangkai).

Sesiapa lagi yang sesuai?
Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

Set ini mengandungi B complex, Vitamin C Dan Alfafa

Apa fungsi vitamin ini???

Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
 

Eczema ada byk jenis:

(1) Ekzema atopik Dermatitis - berair

(2) Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc)

(3) Dyshidrotic Dermatitis - kering

(4) Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik

(5) Seborriheic Dermatits - kering bersisik

PENTING :-

--EXTERNAL--
jenis (1) & (2) bole suggest basic H

jenis (3), (4) & (5) tak boleh guna basic H berterusan sebab boleh mengeringkan lagi kulit dia & bertambah teruk lagi eczema dia.

Herbal Blend OK for both types

--MAKAN--
baby --> mak boleh amik set B, ESP, Mealshake, Nutriferon
toddler 1-4 thn --> mealshake
kids 4-12 thn --> mealshake/ESP
remaja/dewasa --> set G, mealshake/ESP





post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Set Penyembuhan Buasir

Buasir & Vitamin Shaklee

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Faktor2 buasir berlaku:
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom2 nya pula:
· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
 
Dan peringkat2 buasir:

Tahap 1:
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar


Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)


Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal


Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur


 Vitamin Shaklee Yang Disarankan

OSTEMATRIX

Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Tips lain

PENGURUSAN SENDIRI
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
credit to http://nourfieza.blogspot.com/2013/04/buasir-vitamin-shaklee.html

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...