Thursday, 21 January 2021

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu....

since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye.. 

camne boleh lost 6kg dalam masa 14 hari?

Actually, mula aku nekad untuk lost kilo ni bila penimbang dah nak cecah 59kg. Weh gile ahh.. tak pernah aku seberat ini. Paling berat aku pernah cecah 57kg je. Tu pun masa pregnantkan si Ainin. Pregnantkan si Adam pun berat aku 55kg je lepas tu dah beranak. hihihi...

 

Aku perasan lama dah berat makin bertambah, cuma aku tak expect akan pergi jauh tu. Sekali timbang 58.5kg. Macam tak percaya... patutla bila berjalan peha berlaga, which sangat tak selesa, seluar jeans size 30 pun dah sendat giler dah masa tu, senak tau bila duduk. 

 

Aku ada baca diet sugar, detox bagai. Tapi percubaan aku tak pernah berjaya. Baru start 2-3 hari, kantoi... Kantoi apa? Teh ais... hahaha aku paling tak leh kalau tengok Teh ais.. mudah tergoda.. Bila dah dtart payah nk stop. Dah macam addicted to Teh ais plak.. 

 

Perut dah start membuncit dan orang selalu tanya.. "mengandung ke?" perghhh... "Mengandung.......iiii lemak!"

Selepas percubaan beberapa kali untuk diet tak berjaya, kali ni aku nekad. Misi untuk lost weight ke 55kg. Yes 55kg je. Tak mau lebih.. sedang elok la tu dengan ketinggian aku + aku nk kempiskan perut ke 28 inch sahaja, masa tu pinggang aku dah 30 inch nak bergerak ke 31 inch dah.. maigadddddd...

 

Ok selepas 14 hari aku berjaya lost weight, bukan sekadar 55kg, aku berjaya lost sehingga 52.8kg.. Yeay!! 

Ok meh sini nak share tips, membebel panjang plak. Orang nak tau tips, kau membebel pulak kan.. hahahha

 

Mula2 sekali, kalau betul2 korang nak kurangkan berat, jiwa kena kental dan focus pada misi. Bila nak cheat je.. ingat misi... misi... misi....

Ini lah yang aku buat. Since BMI still normal, mesti ada rasa nak cheat.. alah... sehari je... hahaha... Big no ye kawan2... 

2nd tips is totally cut your sugar and carbo. no ice, lebihkan protein. Aku memang terus cut sugar terutama dari air manis. sumber gula aku cuma buah & nasi. Nasi pun sikit je. Diet pun still makan nasi oiii maklum la tekak melayu... Tapi aku makan nasi cuma tengahri je. 

Meh nak share ape meal aku sepanjang 14 hari tu.

Pagi - Bangun tidur, air segelas, Mandi subuh bagai, lepas hantar anak aku gi sekolah aku minum lagi segelas air suam. Kat opis, aku akan breakfast dalam kul 9.30 macam tu. Aku breakfast roti wholemeal 2 keping & telur rebus 2 biji. Pastu nanti dlm kul 11 macam tu sambil2 buat kerja aku makan buah. Tak kisah la buah apa. 

 

Lunch adalah macam biasa, tak ada pilihan sebab kat opis apa dorang sediakan tu hadap je la, so ko la kena adjust. So aku akan ambil nasi dalam 1 senduk saja, ayam seketul + sayur & ulam. Sayur & ulam tu memang extra la aku buh. Banyak ratah sayur & ulam.  

Sementara nak sampai ke dinner tu, aku makan buah je or aku makan sekeping roti wholemeal. Roti sahaja tau tanpa butter je, majerin ke, kaya je, jem ke nan hado tau. Kadang2 kalau rajin aku bancuh la green tea tanpa gula. Tapi biasa nya aku tak rajin hahahah... 

 

Malam? Malam aku makan buah atau sup sayur je, Nasi? no no no no... kalau lapar sangat aku makan sup ayam. 

Dan biasanya kul 10 atau kul 10.30 aku dah belayar ke Jeddah. hahahha Tidur lah awal untuk elak rasa lapar & korang makan yang ntah apa2 merepek. Nak lagi teruk bancuh plak air manis. Mana tak membesar dengan jayanya.. 

Sepanjang 14 hari ni air aku minum 2-3 liter and skit2 la exercise. Aku tak ada masa sangat nak exercise ni sebab biasa sampai rumah lepas kerja dah malam. So sesekali exercise, paling mudah aku skipping je. 5-10 kali skipping stop 10-15 saat lepas tu buat lagi 5-10 kali dan stop 10-15 saat. Ulang sampai cukup sejam. 

 

Masa mula2 start skipping tu, kejang betis oiii.... seminggu gak la aku berjalan macam orang tempang. hahahha sakit... tp masa tu pulun macam ngan apa je... so bila dah jumpa teknik yang betul baru la ok... 

 

Supplement? 

Aku ambik juga supplement, tapi supplement yang biasa je. Vitamin C yang ni memang dah ambik since 2011 lagi. Lagi 1 aku makan kalsium. Ni pun since 2011. Tapi kalsium ni aku banyak tak makan dari makan hihihi... 

 

Akhirnya aku berjaya kurangkan berat aku dari 58.5kg ke 52.8kg pada 14/10/2020.

15/10/2020 aku cheat day. Tapi tak berapa nak cheat pun sebab, dah biasa 14 hari eat healthy food, perut aku jadi cepat kenyang, makan sikit dah kenyang dan aku dah boleh maintain air suam je everytime makan. No more air manis2. Ok now aku nak reset balik, berat dah dapat, bukan setakat dapat, siap terlajak turun plak, Reset nak kempis kan skit perut., Ni inci loss ok la tapi still tak dapat macam yang aku nak at least 28 inch. 

 

Reset pulak diet meal on 18/10/2020, kita challenge diri. Mula dengan 7 hari pastu kita up 14 hari, tengok laju mana boleh kempis ke idok.... 

 

Tak ada la tips apa sangat. As a summary jiwa kena kental & disiplin untuk challenge diri untuk kurangkan berat. Focus pada misi. Agak nak tergelincir cepat2 ingat misi korang. 

kedua, plan your meal. cut terus sugar & carbo. no ice. air suam je. lebihkan protein. Air sehari 2-3 liter. Tapi untuk yang berbadan besar may be korang kena lebihkan skit air, may be 3.5 liter. Rasa nak kencing selalu tu biasa. Badan sedang buang toksik dari badan. Takkan korang tak nak? Nak simpan je ke toksik dalam badan? Buang pi lah kan... Lebihkan sayur & buah. Start slow pun tak apa. Try dulu 3 hari camne. kalau ok up pulak 7 hari, Lepas 7 hari macam ok terus cabar diri up ke 14 hari pulak. 

 

Exercise kena ada. Macam skipping adalah salah satu exercise yang paling cepat membakar kalori. Mula2 memang susah. Sebab aku percaya korang mesti dah lama tak exercise kan. nak build stamina tu bukan sehari dua tau. so start slow tp konsisten itu penting. Ada orang suka jogging. So ikutlah. macam aku, suka menari. Tapi menari ni syok kalau ramai atau in group.. so aku pilih skipping, senang hihihihih... 

 

Ok sekarang aku dah share tips & aku dah share meal aku sepanjang 14 hari tu. Relax... kalau korang suka nasi lemak ke, roti canai ke.. sabar dulu untuk 14 hari tu. nanti dah dapat apa yang korang nak, boleh je makan benda2 tu semua.. tapi berpada-pada bila nak makan tu.. nak makan, makan aje lah bukan melantak. tau dak? 

 

Ok sekarang boleh dah pasang misi & bila nak start. So far dengan cara cut sugar & carbo, no ice ni aku berjaya lost banyak.. Korang may be boleh cuba follow... 

 

Ok see you guys next update. Ingat jiwa kena kental, focus pada misi..

Till next time..

 



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk Jamu boleh hubungi saya di :


Puan Nurhafizah [fizah]
Trusted Ambbasador JTT [ID No : 000296]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/nurhafizahaburazak
https://jamutunteja.biz/shop/000296

No comments:

Post a Comment

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...