Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang kita perolehi sekarang. Jika kita sedang menerima dugaannya anggaplah ini semua dugaan dan cabaran untuk kita mendapat nikmat rezeki yang lain. Cumanya kita kena sentiasa redha dan berusaha untuk keluar daripada masalah yang belenggu. Di sebalik kesulitan itu ada rahmat yang tersembunyi. Percayalah!
.
Pengalaman mengandung kali ini sangat mencabar. Saya betul-betul rasa lemah badan, tak bermaya dan sering loya. Nak buat rutin harian pun tak larat. Menyedari kepentingan kesihatan ibu dan kandungan penting pada peringkat awal trimester pertama, saya telah mengamalkan set Eu Four Pack Plus Shaklee. Pada peringkat awal ni kesihatan dan pemakanan amat penting bagi seorang ibu hamil. Maklumlah benih baru nak bercambah. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh.
Peringkat awal mengandung ni saya telah mengamalkan set Eu Four Pack Plus. Nak tahu apa keistimewaannya? Jom saya terangkan..
Vitamin C
Vitamin
C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari
sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem
imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Kalau nak tau, sebiji vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren tau!
Sanggup ke nak makan sampai sebanyak tu sehari? sebiji buah oren navel
(yg jenis manis tu..) RM1 jugak saya tengok kat pasaraya. Uniknya
vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa.
Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini
kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah.
Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu,
badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.
B kompleks
B
kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat
stress, pencemaran dan sebagainya. Mengapa kita perlukan b kompleks
dalam menu harian? B kompleks terdiri daripada kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic
acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan
Biotin. Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan,
menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk
kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapatmengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran, membuat wajah berseri-seri. Kalau nak tau, riboflavin dalam B kompleks lah yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu.
Vitalea
Vitalea
adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. Apakah beza Vitalea
dengan multivitamin biasa?
Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal.Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.
Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi. Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu?
Bagi
ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak
15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan
menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan
mental kanak-kanak yang sihat. Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh
pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas.
Pengambilan
dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum!
Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium
dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).
Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium
dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen.. Begitu
juga kalsium. Walau sebanyak mana anda consume kalsium, ia tak
berguna selagi mana tidak diiringi dengan magnesium dan vitamin D
sebagai pelengkap. Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu
keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi
ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu
penghasilan susu ibu, provided konsep asas penyusuan (supply vs demand)
dipatuhi dan ikut je saranan & tips daripada kami.
Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurang kehilangan air.
ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soya iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Ibu hamil jom ceriakan marhalah kehamilan uols dengan set Eu Four Pack Plus Shaklee!
Okay sampai sini dulu.. Nantikan siri kedua yek!
Thanks to superbvitamin
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak
No comments:
Post a Comment