Hypertension / Darah Tinggi
Jantung merupakan alat pengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi danjuga kematian jika tidak dirawat.
- Kajian KEsihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
- Lebih 2,800000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) mengidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh no 1 di Malaysia.
- Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun mengidap darah tinggi.
Jom baca punca dan cara mengelak darah tinggi :-)
APA PUNCA?
Sebagai penyakit dalam diam, punca2 darah tinggi ni jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:
- Cara hidup tidak aktif
- kegemukan
- umur melebihi 35 tahun
- tinggi paras kolesterol
- faktor keturunan / sejarah keluarga
- pengambilan garam yang tinggi
- pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
- uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid
- penyakit buah pinggang.
CARA MENGATASI
Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan.
Ubah cara hidup boleh mendatangkan kean yang sanagt baik -
- amalkan pemakanan sihat
- kurangkan pengambilan garam dan lemak
- amalkan senaman berkala
- dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
- belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
- berhenti merokok!
VITAMIN CADANGAN
Pengidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat & seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi pengidap darah tinggi. BAgaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. Pengidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan.
Semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid! ^___^
- Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
- Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
- Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga tau)
- Lecithin - mengemulsi lemak
- Garlic - merendahkan tekanan darah
- ESP - menurunkan tahap kolesterol
- B comp - menurunkan stress.
- Ostematrix - Difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
- Vit C - menghalang pembekuan darah
VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dlarang bagi pengidap hypertension. Walaubagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :
- Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sgt tinggi.
- Daging merah
- Daging ayam berkulit
- Acar
- Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dsb.
- Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
- alkohol
- Susu - susu baik utk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pengidap darah tinggi.
Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak
No comments:
Post a Comment