Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Kebaikan B-Complek Untuk Ibu Menyusu

Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal...betul kan?...9 Nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah..... Jadi tak dinafikan setiap insan yang bergelar wanita pasti ingin kelihatan cantik,sihat bergaya....betul tak?.....Dan hakikat yang ramai tidak tahu bahawa wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex..tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa...
Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik? Pasti ada yang tertanya2...jom baca fakta2 ni
Antaranya :-

1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang.Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...
kepentingan B complex:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.


dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu tau
kredit to mamafaiz

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Friday, 11 April 2014

Testimoni vitamin Shaklee untuk ibu menyusu


~..I stress la susu makin kurang…
~kawan I kata dia tak mkn milk booster/supplemen…tak payah ni sumer..susu okay je
~buat pe beli pump mahal2…guna pam biasa je..takde masalah pun
~penat la..keje ofis..keje rumah..balik keje jem..tensionnn
~ala.tak sempat la nak pump…nak buat report..meeting..bla bla bla
~ala..suami I tak support..
~nak masak pun tak sempat…cemana lah nak makan makanan seimbang pelbagai..huhu
~ni yang nak give up menyusu ni…


 





Ni antara luahan normal di kalangan ibu2 yang bekerja sepenuh masa di samping menyusukan baby…. (keluar rumah seawal 6.30 pagi..pulang lewat dgn jem,etc..kul 7 baru tibe rumah..)
….apa penyelesaiannya?..tak dinafikan…saya sentiasa mengesyorkan pengambilan supplemen … kenapa perlu supplemen?....basically..apabila bekerja sepenuh masa….. badan kita memerlukan lebih tenaga tambahan pula badan perlu menghasilkan susu…..jadi persoalan/isu ibu2 yang tak mengambil milk booster??…ianya bergantung pada situasi ibu itu sendiri…..individu itu pasti tak perlukan supplemen jika ibu itu berjaya menjaga pengambilan makanannya iaitu sentiasa seimbang dan memenuhi semua zat keperluan oleh tubuh manusia…… org tua tua kata..ukur baju dibadan sendiri…. Jika kita tahu bahawa kita tidak mampu untuk memasak /mengambil makanan yang dapat memenuhi semua zat keperluan harian kita, ..tak salah kita mengambil supplemen ..bukannya cacat atau pun hina/kurang kemampuan….tapi itulah hakikatnya..lagi2 zaman sekarang ni penuh bahan kimia..dgn masa sekarang sumenye nak cepat…jadi tak perlu rasa rendah diri..Persoalan lain ialah membeli pam mahal atau guna tangan?... saya sendiri dulu hanya menggunakan pam manual pigeon rm79 tu..tu pun sebab beranak awal sangat..tak sempat survey pam yg best2..huhu.. tapi tak bermakna saya kata tak perlu pam mahal yg lain….bagi saya jika mampu mengeluarkan perbelanjaan utk keselesaan diri..dan mahu masa yg lebih efisien..(kan sumenye nak cepat sekarangg.hehe..lagi2 kalo ibu bekerja..mana boleh pi pam lama2..)....apa salahnye..terserah pada individu… bukan kata pam mahal dpt 20oz..tidakk.. Pam mahal atau murah tidak menjadi persoalan..tepuk dada tanya selera…Cuma yang menggunakan tangan atau manual pasti memerlukan semangat jitu dan juang yg lebih tinggi...Kesimpulannya set tambah susu Shaklee untuk ibu berkerjaya bukan totally untuk menambah susu..tapi lebih dari itu..jom baca apa komen cik pau (ibu dari Kajang)..yang telah sebulan lebih consume set Shaklee ni..

Pengalaman Ibu Bekerja dan Menyusu...



so far baru sebulan makan shaklee. rasanyer kalau dulu lagi jumpa shaklee tadek laa selalu gi klinik dan sekarang ni baru ..bersemangat nak bangun pagi.
alhamdulillah skang nih kesihatan dah okeh. nak rasa tumbang2 mcm dulu tu dah tak ada. stress pun dah bleh manage laa... B complex tu betul2 membantu untuk bantutkan stress... hehehe... sebelum nih i tak pernah tau pun kenapa kena makan vitamin sebelum tido. bila i try mmg bleh segar bangun pagi. nak2 bulan puasa nih nak kena bangun awal untuk persiapan bersahur, harus bangun awal sket kalau sempat untuk buat tahajud. insya-Allah....
susu pun alhamdulillah pekat. selain dari set B untuk ibu2 menyusu tu i minum jugak ESP... mmg rasa pati soya. rasa sedap sebab i minum dengan susu kotak full cream. kadang kalau tak sempat makan mmg i minum ESP dah boleh kenyang.... semalam gi beli penimbang tengok2 berat badan maintain 55kg.... walau pun kena turunkan berat badan lagi untuk BMI yang cantik sikit, nak maintain 55kg tu pun tak mudah gak sebenarnya... huhuh...
bila dah makan shaklee nih susu pun berkhasiat and anak i so far sihat... alhamdulillah..



Benar..,ibu2 yang bekerjaya dugaanya besar jika anda ingin menyusukan baby secara exclusive(work+pump at the same time)…

Kesimpulannya..apa pun.berbalik kepada diri sendiri..penyusuan yang berjaya memerlukan ~jaga pemakanan seimbang + ambil supplemen jika perlu+ pump konsisten + pengambilan air lebih 3 liter + istiqamah + doa dan istigfar bersangka baik pada Allah…...
all the best to all mothers..selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan yang akan diharungi bulan Jun ini!


Supplement yang diperlukan untuk Ibu-ibu menyusu di sini.


kredit to mamafaiz

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Friday, 4 April 2014

Berpuasa tanpa mengganggu penghasilan susu ibu. ~Jadual Makan Vitamin ketika berpuasa


Bulan puasa tak lama lagi dah kan?..ni pun dah masuk bulan rejab..so ramai yang dah start nak berpuasa..dan kepada ibu2 yang dah mula bertanya pada saya..apa nak makan untuk mengekalkan pengeluaran susu dan kekal bertenaga...jgn risau..….… jika mengamalkan makanan seimbang….insyaAllah takkan jejaskan pengeluaran susu….Cuma bila kite berpuasa..kita akan lebih letih dan dehydrate(kurang air)..jadi bila terlalu letih dan tidak bertenaga…ni yang buat kurang mood,stress..dan impak yang buruk atas penghasilan susu…Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan makanan tambahan……especially.. soy protin (ESP) dan Performance Drink….



Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:Sebelum/Semasa berpuasa:
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
  • Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin
  • Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
  • Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
  • Ceria2 selalu.
  • Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
  • Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar


Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :


Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna


Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma


testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun. ~kak cery


Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:

Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
Minum segelas Prfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
Makan 2 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:

Berbuka dengan juadah berbuka..with kurma..amat digalakkan
Minum segelasPerformance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
Makan 2 biji Alfalfa
Mkn 1 bj vitalea, 1bj bcomplex 1bj vita CSebelum tidur:

(1) Amalkan minum segelas ESP.
Makan ostematrix 2-4bj dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA


Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan.Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Nanti saya bgtau tips makan kurma bersama fresh milk ditambah soy protin (amalan orang arab supaya kekal bertenaga sepanjang hari..tungguuu)....hmm..mesti ramai nak tahu apa itu performance drink kan?..baca disini.minuman ni bukan je utk ibu mengandung atau menyusu...TETAPI SESUAI UNTUK SEMUA... (ala2 jus tang perisa oren..... i like...)..
___________________________________________________________
lebih banyak tentang berpuasa dan kesan ke atas penyusuan susu ibu. baca disini


Dan link ini pelbagai resipi cara bancuh ESP dgn lazat...



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Thursday, 13 March 2014

2 in 1 Set Menyusu Dan Kurus Shaklee

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan bulan Mac ni mertupakan bulan promosi ESP Shaklee, ummeevytamin nak promote kebaikan dan khasiat ESP Shaklee ni. Antaranya adalah set menyusu Shaklee.

Sebenarnya dengan menggunakan Set Menyusu Shaklee, bukan sahaja membantu menyokong keperluan nutrisi harian, membantu meningkatkan kesihatan, membantu meransang lebih banyak pengeluaran susu badan, memekatkan susu ibu dan sebagainya. Bahkan membantu menurunkan berat badan anda juga tanpa anda perlu berlapar. Sebab itu Set Menyusu Shaklee ini ibarat 2 in 1 Set Menyusu dan Kurus Shaklee.


8 Kebaikan 2 in 1 Set Menyusu Dan Kurus Shaklee Kepada Ibu dan Bayi

  1. Tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang sedang menyusu
  2. Tidak menjejaskan pengeluaran dan kualiti susu badan
  3. Menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi
  4. Membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan
  5. Membekalkan tenaga berpanjangan berjam-jam lamanya
  6. Mencantikkan kulit ibu dan bayi
  7. Meningkatkan memori ibu dan bayi
  8. Ibu dan bayi ceria dan aktif
 Apa yang ada dalam Set Menyusu dan Kurus Shaklee

  • Alfalfa Complex - Detoks tubuh dan perut, membuangkan lemak dan melancarkan pembuangan najis, sebagai membantu merangsang pengeluaran susu badan,  memekatkan susu ibu, meningkatkan kesihatan ibu, memperbaiki masalah kewanitaan. 
  • ESP - Membekalkan tenaga berpanjangan, mencantikkan kulit, membantu meransang pengeluaran susu badan, kalorinya tidak terlalu rendah seperti chinch shake dan sesuai diambil untuk ibu yang sedang menyusukan anak, membantu mengurangkan rasa lapar dan berkhasiat
  • Omega Guard - Membakar lemak tanpa menjejaskan penghasilan susu badan, membantu ibu berasa cepat kenyang, membantu meningkatkan memori ibu dan bayi, meningkatkan kesihatan ibu dan bayi.
  • Lecithin - Bertindak memecahkan lemak. Lecithin tidak menjejaskan penyusuan kepada bayi, mengandungi kolina yang baik untuk otak ibu dan bayi





Boleh juga dikatakan set menyusu dan kurus shaklee ini sebagai set menyusu bajet. Ya, bajet kerana boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu untuk menurukan berat badan dan juga membantu memperbanyakkan pengeluaran susu badan yang memenuhi konsep "lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran".
Harga retails di sini.

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Saturday, 1 March 2014

Penyusuan Ibu Bekerja

Anda akan mendapat penyelesaian yang lengkap untuk masalah susu perahan berkurangan setelah kembali bekerja. Penerangan kepada anda tentang asas-asas teknik penyusuan, pemerahan dan penyimpanan susu perahan yang betul, KHUSUS untuk ibu-ibu bekerja yang sedang berusaha untuk menyusu bayi mereka selama 2 tahun atau selama mungkin. Anda juga akan didedahkan dengan:
  • 3 perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli “breast pump” yang sesuai 
  • 3 perkara yang anda perlu tahu dalam persediaan dan permulaan barangan keperluan untuk anda sebagai ibu dan juga untuk bayi anda
  • Waktu yang sesuai untuk memerah susu sebelum kembali bekerja
  • Jumlah stok susu perahan yang perlu disimpan sebelum kembali bekerja
  • Cara-cara menyimpan stok susu perahan dengan banyak dan betul
  • Tip untuk mengatasi masalah jika anak anda tidak mahu menerima botol
  • Rupa jadual seorang ibu bekerja yang memerah susu
  •  Kuantiti susu perahan yang diperlukan bayi anda semasa anda berada di  pejabat
  •  23 tip dan teknik untuk dicuba supaya susu mudah keluar apabila dipam serta banyak! 
  • Makanan yang berkhasiat serta membantu menambahkan susu untuk ibu yang  menyusu
  • 4 Tip untuk menjimatkan wang semasa menyusu bayi anda









Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Friday, 28 February 2014

PENYUSUAN IBU ESKLUSIF ENAM BULAN PERTAMA








WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.
Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.
Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.

“Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,” ujar Dr. Jamiyah.


Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).

Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.
Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

Dr. Jamiyah berkata, “Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.”

Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.
Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat’ pada 13 Ogos lalu.
Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.

Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” – Surah al-Baqarah.

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam.

Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di
dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. – American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.
Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.
“Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,” ujar Dr. Jamiyah lagi.

Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.
“Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.”

Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.

Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.

Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.
Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.

“Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,” katanya lagi.
Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.

Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.

Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.

Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.

Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.

Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.

Tolak tanggapan negatif

Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.
Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

“Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,” ujar Dr. Jamiyah.

Sekiranya anda ingin menyusu si manja anda jom dapatkan supplement kesihatan untuk tenaga dan penghasilan susu dengan cepat. Jom baca di sini



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

INFO:SUSU IBU TIADA/KURANG?ADAKAH DISEBABKAN KETURUNAN

Assalamualaikum wbt..

Salam petang Jumaat. Hari ni tak sempat nak menaip blog..so saya nak kongsi pembacaan blog susuibu berkaitan ADAKAH SUSU IBU BERKURANGAN DISEBABKAN OLEH KETURUNAN?

Jom baca maklumat yang dipetik dari blog tersebut:

===========================================


Puan Kamariah selaku moderator memulakan sesi ini dengan menceritakan satu kisah benar mengenai seorang nenek yang menjaga cucunya, berjaya menyusukan cucu tersebut selepas beberapa hari memberi cucunya menghisap payudaranya. Daripada kisah ini, kita dapati bahawa setiap wanita mampu menyusukan bayi mereka.

Pada awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum di mana ianya memang cukup untuk seorang bayi. Kadang kala, kita tidak akan nampak kuantiti kolustrum yang keluar kerana ianya terlalu sedikit sesuai dengan saiz perut bayi yang ketika itu hanya sebesar biji guli. Ibu tidak sepatutnya risau kerana jika adanya rangsangan pada payudara pada hari awal kelahiran, maka akan terhasilnya susu baru selepas itu. Proses ini dipanggil proses pengaktifan kilang di mana kilang susu akan menghantar signal kepada otak untuk menghantar hormon yang akan menghasilkan susu jika terdapatnya rangsangan pada payudara.

Ibu-ibu juga seringkali risau kerana pada hari-hari awal kelahiran, payudara mereka sangat lembut. Dan situasi ini menyebabkan ramai ibu yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai susu. Perlu diingat bahawa, terdapat kelebihan jika payudara lembut pada awal kelahiran. Pertama, ia belum memberi kesakitan pada ibu. Bayangkan jika payudara membengkak pada hari pertama selepas kelahiran, dapatkah kita menanggung kesakitan tersebut ditambah dengan kesakitan bersalin? Ini adalah hikmah yang tersirat disebaliknya. Kedua, payudara yang lembut memudahkan bayi kita untuk belajar menyusu dan memberikan keselesaan kepada mereka.

Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ada faktor lain yang menyebabkan mereka menangis seperti tidak selesa (sejuk, panas, gelap, cerah, kencing, berak). Usah risau kerana bayi yang lapar sebenarnya telah berkomunikasi dengan ibu mereka pada awal kelahiran. Jika mereka lapar, mereka akan menunjukkan reaksi melalui mulut, tangan, kaki dan seterusnya jika tidak diperhatikan mereka akan menangis. Jadi, ibu-ibu perlu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan mereka supaya mereka tidak marah dengan menangis.

Sempat juga dikongsikan bersama halangan-halangan untuk menyusukan bayi. Antaranya ialah susu tidak keluar pada hari-hari awal kelahiran, anak seperti tidak kenyang (asyik menangis), puting melecet (mungkin salah pada lekapan dan posisi menyusu), orang yang lebih berpengalaman (ibu, mertua atau ipar duai).

Sebagai kesimpulannya, tajuk yang diberikan adalah tidak benar sama sekali. Kebanyakan ibu kurang/tiada susu bukanlah disebabkan keturunan tetapi ia disebabkan amalan dalam keluarga tersebut yang boleh mendatangkan kesan kepada penyusuan ibu. Ketahuilah, hanya 1-2% sahaja wanita yang tidak dapat menghasilkan susu badan untuk bayi, dan ia disebabkan masalah kesihatan ibu itu sendiri.

Disediakan oleh : Nur Ain Sha’ari

kredit to :susuibu.com

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Thursday, 6 February 2014

B-COMPLEK


Assalamualaikum wbt..
Selamat hari Khamis kepada semua pembaca-pembaca blog. Jika anda tersinggah di blog saya ummeevytamin...terima kasih.
Di sini saya nak kongsi berkaitan supplement yang penting bagi saya iaitu B-Complek. Mulanya saya hanya mengetahui shaklee untuk breastfeed anak ja...tak tahu khasiat nya yang lain. Bila dah mengambil supplemen ni baru tahu khasiatnya.

Banyak khasiat B-Complek ni selain ia membantu untuk kesihatan kita. Salah satu faktor untuk menghasilkan susu yang bernutrisi, kita perlu mengambil B-Complek!

Antara khasiat B-Complek adalah:
Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex.



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.


Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Monday, 20 January 2014

INFO : PERSOALAN BERKAITAN SUPPLEMENT MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.Antaranya :

1) Makan shaklee boleh banyak susu?
2) betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?
3)Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?
4) Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun?

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan. Untuk makluman ibu-ibu, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu. Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata.. blink blink ehhhh susu dah banyak.
Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 & rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu. Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih...jadi tekanan/stress dapat dikurangkan. Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2. Supplement adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.

Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. Makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep "Demand vs Supply" dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar. Selain itu :

■ Amalkam Power Pumping.
■ Banyakkan minum air kosong.
■ Elakkan ambil air ais.
■ Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan???

Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.


Jom cuba supplement 3M 



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Friday, 17 January 2014

PENGEDAR SHAKLEE DI ALOR SETAR, JITRA, GURUN, SUNGAI PETANI, DAN PENGEDAR SELURUH MALAYSIA

Pengedar Shaklee Di Jitra, Alor Setar, Gurun, Perlis,Sungai Petani dan Seluruh Malaysia
Saya merupakan pengedar Shaklee di kawasan
Pengedar Shaklee Di Jitra, Alor Setar, Gurun, Perlis,Sungai Petani dan Seluruh Malaysia
. Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya di 019 3009692. Anda boleh wassup/cal/text kepada saya.



COD secara percuma di sekitar: Alor Setar, Jitra, Guar Chempedak, Gurun dan Sungai Petani

Jika anda mahukan produk Shaklee dan tidak tinggal di kawasan-kawasan di atas, saya boleh menghantar menggunakan courier. Tempoh penghantaran: 1-4 hari bekerja.


Selain kawasan diatas, COD akan dikenakan caj (Boleh dirunding).


Dengan pembelian dari blog saya, insyaAllah saudara/i akan terima:

1) konsultansi tentang produk secara PERCUMA
2) Menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan Shaklee


Set yang terhangat di pasaran sekrang adalah :

SET PENYUSUAN SHAKLEE!
 
 


* Dengan pembelian Semua Set Penyusuan Shaklee.
** Tertakluk kepada terma dan syarat.


Jazakumullah khairan kathira atas sokongan anda semua. Moga Allah membalasnya dengan lebih baik. Ameen

I m Shaklee Independent Distributor
ID : 888214
watsapp/call/text/sms : 019-3009692

SIHAT BERSAMA SHAKLEE
 
 
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

SUSU PERAHAN SEMAKIN BERKURANG??

“Susu Perahan Anda Semakin Berkurangan Setelah Kembali Bekerja?”
 Ketahuilah bagaimana anda boleh menambahkan dan mengekalkan bekalan susu badan supaya bayi anda dapat menyusu sehingga 2 tahun…khusus untuk ibu-ibu bekerja! 
Adakah anda merasa bimbang dengan susu perahan yang semakin berkurangan? Adakah anda merasa rungsing melihat bekalan susu yang berkurangan dari hari ke hari…dan rasa “frust” kerana susu apabila diperah keluar semakin sedikit…dan mahu seperti berputus asa saja disebabkan anda mungkin tidak dapat menyusu bayi sehingga 2 tahun? Jikalau begitu, apa yang anda bakal dengar mungkin dapat menceriakan anda kembali…
Sebab saya akan menunjukkan langkah-langkah yang boleh memulihkan bekalan susu merudum, dan anda dapat menikmati susu perahan keluar dengan banyak, menambahkan stok susu perahan dalam freezer serta dapat menyusu bayi anda sehingga 2 tahun sebagai hasilnya.  Dan percayalah saya, saya tahu caranya…sebab saya sudah buat!
Jika anda dibelenggu dengan masalah susu perahan yang semakin sedikit, anda perlu membaca ini dengan teliti!
Working mum  
Daripada : Intan Rahayu        Lokasi : Selangor          
Tarikh :


RE: Bagaimana menambahkan bekalan susu dengan mudah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ibu-ibu bekerja yang menyusu, Ya, memang benar! Sebagai ibu yang bekerja seperti anda, memang saya sendiri faham hati, jiwa dan perasaan anda yang mungkin mengalami masalah ini. Saya tidak lagi merasa tertekan akibat daripada bekalan susu berkurangan dan sekarang saya berjaya menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun, bermula dengan anak kedua. Tetapi biarlah saya menceritakan bagaimana ia terjadi…
Selepas melahirkan anak sulung, saya sudah berazam untuk menyusunya sehingga 2 tahun. Bayangkan, dalam masa 3 bulan selepas kembali bekerja, saya mula jadi bimbang melihatkan susu perahan saya berkurangan dari hari ke hari…dari 12 oz sehari diperah semasa 8 jam di pejabat…turun jadi 9 oz sehari…dan selepas hanya 3 bulan kembali bekerja, terus berkurangan menjadi 5 oz sehari sahaja! Stok susu perahan saya dalam freezer juga mula menurun kerana susu perahan terlalu sedikit untuk mengganti balik stok yang telah diguna. Jadi saya mula tambahkan dengan susu formula…tetapi dengan hati berat sebab terlalu awal untuk diberi susu formula. Tidak lama selepas ditambah susu formula, susu badan saya hanya dapat bertahan sehingga bayi saya berumur 8 bulan. Masa itu saya rasa sangat ”frust”, sedih serta terkilan kerana tidak berjaya menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun seperti yang saya inginkan. Saya tiada panduan yang dapat membantu saya memulihkan bekalan susu saya yang semakin sedikit…
Saya menjadi buntu untuk mencuba mengatasi bekalan susu merudum
Oleh kerana tiada panduan atau rujukan, saya tidak tahu cara yang efektik untuk mengatasi bekalan susu berkurangan (yang sebenarnya boleh dipulihkan sebelum ia betul-betul menjadi kering)…dan tambahan lagi, ramai memberitahu saya bahawa adalah sukar untuk ibu bekerja menyusu bayi selama 2 tahun…betul ke? Saya pasti anda memahami apa yang saya katakan ini, kerana kemungkinan anda juga berada dalam situasi yang sama… Disebabkan saya merasa sungguh tertekan melihatkan bekalan susu berkurangan, akibatnya susu menjadi lebih susah untuk keluar apabila saya cuba pam lagi… Ini membuatkan saya BERTAMBAH ”frust”!
Jadi saya buat keputusan untuk memperbaiki situasi ini
Jelas sekali, saya bakal melalui situasi ini sekali lagi dengan lahirnya anak kedua jika saya tidak mempelajari teknik mengelakkan bekalan susu merudum setelah kembali bekerja…menyusu badan memang nampak mudah…tetapi tanpa ilmu penyusuan yang khusus untuk ibu yang bekerja, bagaimanakah saya dapat menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun… Oleh itu, saya buat keputusan untuk mempelajari ilmu berkaitan.
Jadi saya mula mencari…






Selain mengetahui ilmu untuk penyususan, supplement juga banyak membantu kita. Antaranya :

Set Penyusuan Shaklee 3M

1. Vitalea
2. B-complek
3. Sustain Release Vita - C
4. Ostematrix
5. Alfalfa Complek
6. ESP

Set Asas Penyusuan ( bgai bajet yang rendah)
1. Alfalfa
2.ESP

Berminat nak cuba supplement shaklee?? wassup saya segera dan harga mampu milik!



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...