Showing posts with label Tips Penyusuan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan Ibu. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Testimoni vitamin Shaklee untuk ibu menyusu


~..I stress la susu makin kurang…
~kawan I kata dia tak mkn milk booster/supplemen…tak payah ni sumer..susu okay je
~buat pe beli pump mahal2…guna pam biasa je..takde masalah pun
~penat la..keje ofis..keje rumah..balik keje jem..tensionnn
~ala.tak sempat la nak pump…nak buat report..meeting..bla bla bla
~ala..suami I tak support..
~nak masak pun tak sempat…cemana lah nak makan makanan seimbang pelbagai..huhu
~ni yang nak give up menyusu ni…


 





Ni antara luahan normal di kalangan ibu2 yang bekerja sepenuh masa di samping menyusukan baby…. (keluar rumah seawal 6.30 pagi..pulang lewat dgn jem,etc..kul 7 baru tibe rumah..)
….apa penyelesaiannya?..tak dinafikan…saya sentiasa mengesyorkan pengambilan supplemen … kenapa perlu supplemen?....basically..apabila bekerja sepenuh masa….. badan kita memerlukan lebih tenaga tambahan pula badan perlu menghasilkan susu…..jadi persoalan/isu ibu2 yang tak mengambil milk booster??…ianya bergantung pada situasi ibu itu sendiri…..individu itu pasti tak perlukan supplemen jika ibu itu berjaya menjaga pengambilan makanannya iaitu sentiasa seimbang dan memenuhi semua zat keperluan oleh tubuh manusia…… org tua tua kata..ukur baju dibadan sendiri…. Jika kita tahu bahawa kita tidak mampu untuk memasak /mengambil makanan yang dapat memenuhi semua zat keperluan harian kita, ..tak salah kita mengambil supplemen ..bukannya cacat atau pun hina/kurang kemampuan….tapi itulah hakikatnya..lagi2 zaman sekarang ni penuh bahan kimia..dgn masa sekarang sumenye nak cepat…jadi tak perlu rasa rendah diri..Persoalan lain ialah membeli pam mahal atau guna tangan?... saya sendiri dulu hanya menggunakan pam manual pigeon rm79 tu..tu pun sebab beranak awal sangat..tak sempat survey pam yg best2..huhu.. tapi tak bermakna saya kata tak perlu pam mahal yg lain….bagi saya jika mampu mengeluarkan perbelanjaan utk keselesaan diri..dan mahu masa yg lebih efisien..(kan sumenye nak cepat sekarangg.hehe..lagi2 kalo ibu bekerja..mana boleh pi pam lama2..)....apa salahnye..terserah pada individu… bukan kata pam mahal dpt 20oz..tidakk.. Pam mahal atau murah tidak menjadi persoalan..tepuk dada tanya selera…Cuma yang menggunakan tangan atau manual pasti memerlukan semangat jitu dan juang yg lebih tinggi...Kesimpulannya set tambah susu Shaklee untuk ibu berkerjaya bukan totally untuk menambah susu..tapi lebih dari itu..jom baca apa komen cik pau (ibu dari Kajang)..yang telah sebulan lebih consume set Shaklee ni..

Pengalaman Ibu Bekerja dan Menyusu...



so far baru sebulan makan shaklee. rasanyer kalau dulu lagi jumpa shaklee tadek laa selalu gi klinik dan sekarang ni baru ..bersemangat nak bangun pagi.
alhamdulillah skang nih kesihatan dah okeh. nak rasa tumbang2 mcm dulu tu dah tak ada. stress pun dah bleh manage laa... B complex tu betul2 membantu untuk bantutkan stress... hehehe... sebelum nih i tak pernah tau pun kenapa kena makan vitamin sebelum tido. bila i try mmg bleh segar bangun pagi. nak2 bulan puasa nih nak kena bangun awal untuk persiapan bersahur, harus bangun awal sket kalau sempat untuk buat tahajud. insya-Allah....
susu pun alhamdulillah pekat. selain dari set B untuk ibu2 menyusu tu i minum jugak ESP... mmg rasa pati soya. rasa sedap sebab i minum dengan susu kotak full cream. kadang kalau tak sempat makan mmg i minum ESP dah boleh kenyang.... semalam gi beli penimbang tengok2 berat badan maintain 55kg.... walau pun kena turunkan berat badan lagi untuk BMI yang cantik sikit, nak maintain 55kg tu pun tak mudah gak sebenarnya... huhuh...
bila dah makan shaklee nih susu pun berkhasiat and anak i so far sihat... alhamdulillah..



Benar..,ibu2 yang bekerjaya dugaanya besar jika anda ingin menyusukan baby secara exclusive(work+pump at the same time)…

Kesimpulannya..apa pun.berbalik kepada diri sendiri..penyusuan yang berjaya memerlukan ~jaga pemakanan seimbang + ambil supplemen jika perlu+ pump konsisten + pengambilan air lebih 3 liter + istiqamah + doa dan istigfar bersangka baik pada Allah…...
all the best to all mothers..selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan yang akan diharungi bulan Jun ini!


Supplement yang diperlukan untuk Ibu-ibu menyusu di sini.


kredit to mamafaiz

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Saturday, 1 March 2014

Penyusuan Ibu Bekerja

Anda akan mendapat penyelesaian yang lengkap untuk masalah susu perahan berkurangan setelah kembali bekerja. Penerangan kepada anda tentang asas-asas teknik penyusuan, pemerahan dan penyimpanan susu perahan yang betul, KHUSUS untuk ibu-ibu bekerja yang sedang berusaha untuk menyusu bayi mereka selama 2 tahun atau selama mungkin. Anda juga akan didedahkan dengan:
  • 3 perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli “breast pump” yang sesuai 
  • 3 perkara yang anda perlu tahu dalam persediaan dan permulaan barangan keperluan untuk anda sebagai ibu dan juga untuk bayi anda
  • Waktu yang sesuai untuk memerah susu sebelum kembali bekerja
  • Jumlah stok susu perahan yang perlu disimpan sebelum kembali bekerja
  • Cara-cara menyimpan stok susu perahan dengan banyak dan betul
  • Tip untuk mengatasi masalah jika anak anda tidak mahu menerima botol
  • Rupa jadual seorang ibu bekerja yang memerah susu
  •  Kuantiti susu perahan yang diperlukan bayi anda semasa anda berada di  pejabat
  •  23 tip dan teknik untuk dicuba supaya susu mudah keluar apabila dipam serta banyak! 
  • Makanan yang berkhasiat serta membantu menambahkan susu untuk ibu yang  menyusu
  • 4 Tip untuk menjimatkan wang semasa menyusu bayi anda









Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Sunday, 23 February 2014

Tips Penyusuan Bayi Mengikut Usia - Sambungan


Tips penyusuan bayi yang berusia 6 bulan hingga 12 bulan.

credit to:kedaivitaminfatimah

Bayi (6m ke atas)
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur.
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya. Boleh juga campurkan
  • 2 3 buah sekaligus.
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda.
  • perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.
  • Note: Telur belum sesuai diperkenalkan bimbang alergik. Madu tidak sesuai untuk bayi berusia 1tahun kebawah. Garam, gula dan kicap juga tidak diperlukan oleh bayi anda. Kekacang mungkin mendatangkan alergik. elakkan dari memberikan bayi anda apa jua bentuk makanan segera.
_________________________________________________________________
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”
Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Thursday, 20 February 2014

Tips Penyusuan Bayi Mengikut Usia

Setiap ibu ingin memastikan bayi mereka diberi penyusuan susu ibu. Kerana susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Namun, kekerapan bayi menyusu adalah berbeza, berkadaran dengan usia mereka. Jadi, hari ini saya nak share dengan pembaca semua, tips penyusuan bayi yang berusia 0-6 bulan.

Bayi (0-6m)
  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama.
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan.
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Dalam tempoh ini juga, para ibu dinasihati untuk kekal menyusu secara eksklusif (exclusive breastfeeding, EBF) iaitu bayi hanya minum susu ibu semata-mata tanpa perlu diberi air masak atau makanan tambahan lain seperti nestum atau air nasi. Ini kerana usus bayi masih lembut dan masih belum dapat menerima sebarang cecair atau pepejal lain. Ada kes kematian bayi berlaku disebabkan usus pecah. Nauzubillah!
  • Mengenai terma EBF, bayi yang diberi makan ubat tidaklah terbatal EBF nya kerana ubat tersebut tidaklah sampai ke tahap mengenyangkan. Sebaiknya, minimumkan pemberian ubat atau jangan beri langsung kepada bayi. Susu ibu sudah mencukupi dengan 1001 kebaikan yang ada padanya.
  • Sekiranya bayi EBF tidak berak selama 14 hari tetapi masih buang angin and sendawa seperti biasa, jangan panik! Ianya adalah situasi normal yang akan berlaku. Urutan I love u dapat membantu memberi keselesaan kepada bayi. Sekali lagi, air masak tidak perlu diberikan. Sekiranya bayi anda EBF, bawalah berjumpa doktor.
  •  
    Godaan dan cadangan dari orang keliling yang telah makan garam dahulu mungkin boleh menyebabkan para ibu terpengaruh. Tapi fikirkanlah sedalam-dalamnya tentang kebaikan susu ibu demi masa depan anak yang telah anda kandung dan jaga sebaiknya ketika hamil. Ramai yang telah berjaya menyuskan selama 2tahun.
  • Pengeluaran air liur yang terlalu banyak atau tindakan memasukkan jari bayi ke dalam mulut BUKAN tanda bayi anda kelaparan. Begitu juga pandangan matanya ketika anda sedang makan. Sebaliknya, pengeluaran air liur tersebut membantu bayi untuk pertuturan di masa akan datang dan juga membantu bayi bereksperimentasi dengan anggota badannya yang lain.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Monday, 20 January 2014

TIPS GALAKKAN SUSU LEBIH LANCAR

 Tip Galak Susu Lancar~

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Langkah 1 - Tuam

Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2 - Tekan

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3 - Gerakkan

Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4 - Teruskan gerakan

Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5 - Putar

Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.


Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

INFO : PERSOALAN BERKAITAN SUPPLEMENT MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.Antaranya :

1) Makan shaklee boleh banyak susu?
2) betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?
3)Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?
4) Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun?

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan. Untuk makluman ibu-ibu, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu. Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata.. blink blink ehhhh susu dah banyak.
Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 & rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu. Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih...jadi tekanan/stress dapat dikurangkan. Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2. Supplement adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.

Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. Makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep "Demand vs Supply" dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar. Selain itu :

■ Amalkam Power Pumping.
■ Banyakkan minum air kosong.
■ Elakkan ambil air ais.
■ Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan???

Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.


Jom cuba supplement 3M 



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Friday, 17 January 2014

SUSU PERAHAN SEMAKIN BERKURANG??

“Susu Perahan Anda Semakin Berkurangan Setelah Kembali Bekerja?”
 Ketahuilah bagaimana anda boleh menambahkan dan mengekalkan bekalan susu badan supaya bayi anda dapat menyusu sehingga 2 tahun…khusus untuk ibu-ibu bekerja! 
Adakah anda merasa bimbang dengan susu perahan yang semakin berkurangan? Adakah anda merasa rungsing melihat bekalan susu yang berkurangan dari hari ke hari…dan rasa “frust” kerana susu apabila diperah keluar semakin sedikit…dan mahu seperti berputus asa saja disebabkan anda mungkin tidak dapat menyusu bayi sehingga 2 tahun? Jikalau begitu, apa yang anda bakal dengar mungkin dapat menceriakan anda kembali…
Sebab saya akan menunjukkan langkah-langkah yang boleh memulihkan bekalan susu merudum, dan anda dapat menikmati susu perahan keluar dengan banyak, menambahkan stok susu perahan dalam freezer serta dapat menyusu bayi anda sehingga 2 tahun sebagai hasilnya.  Dan percayalah saya, saya tahu caranya…sebab saya sudah buat!
Jika anda dibelenggu dengan masalah susu perahan yang semakin sedikit, anda perlu membaca ini dengan teliti!
Working mum  
Daripada : Intan Rahayu        Lokasi : Selangor          
Tarikh :


RE: Bagaimana menambahkan bekalan susu dengan mudah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ibu-ibu bekerja yang menyusu, Ya, memang benar! Sebagai ibu yang bekerja seperti anda, memang saya sendiri faham hati, jiwa dan perasaan anda yang mungkin mengalami masalah ini. Saya tidak lagi merasa tertekan akibat daripada bekalan susu berkurangan dan sekarang saya berjaya menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun, bermula dengan anak kedua. Tetapi biarlah saya menceritakan bagaimana ia terjadi…
Selepas melahirkan anak sulung, saya sudah berazam untuk menyusunya sehingga 2 tahun. Bayangkan, dalam masa 3 bulan selepas kembali bekerja, saya mula jadi bimbang melihatkan susu perahan saya berkurangan dari hari ke hari…dari 12 oz sehari diperah semasa 8 jam di pejabat…turun jadi 9 oz sehari…dan selepas hanya 3 bulan kembali bekerja, terus berkurangan menjadi 5 oz sehari sahaja! Stok susu perahan saya dalam freezer juga mula menurun kerana susu perahan terlalu sedikit untuk mengganti balik stok yang telah diguna. Jadi saya mula tambahkan dengan susu formula…tetapi dengan hati berat sebab terlalu awal untuk diberi susu formula. Tidak lama selepas ditambah susu formula, susu badan saya hanya dapat bertahan sehingga bayi saya berumur 8 bulan. Masa itu saya rasa sangat ”frust”, sedih serta terkilan kerana tidak berjaya menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun seperti yang saya inginkan. Saya tiada panduan yang dapat membantu saya memulihkan bekalan susu saya yang semakin sedikit…
Saya menjadi buntu untuk mencuba mengatasi bekalan susu merudum
Oleh kerana tiada panduan atau rujukan, saya tidak tahu cara yang efektik untuk mengatasi bekalan susu berkurangan (yang sebenarnya boleh dipulihkan sebelum ia betul-betul menjadi kering)…dan tambahan lagi, ramai memberitahu saya bahawa adalah sukar untuk ibu bekerja menyusu bayi selama 2 tahun…betul ke? Saya pasti anda memahami apa yang saya katakan ini, kerana kemungkinan anda juga berada dalam situasi yang sama… Disebabkan saya merasa sungguh tertekan melihatkan bekalan susu berkurangan, akibatnya susu menjadi lebih susah untuk keluar apabila saya cuba pam lagi… Ini membuatkan saya BERTAMBAH ”frust”!
Jadi saya buat keputusan untuk memperbaiki situasi ini
Jelas sekali, saya bakal melalui situasi ini sekali lagi dengan lahirnya anak kedua jika saya tidak mempelajari teknik mengelakkan bekalan susu merudum setelah kembali bekerja…menyusu badan memang nampak mudah…tetapi tanpa ilmu penyusuan yang khusus untuk ibu yang bekerja, bagaimanakah saya dapat menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun… Oleh itu, saya buat keputusan untuk mempelajari ilmu berkaitan.
Jadi saya mula mencari…






Selain mengetahui ilmu untuk penyususan, supplement juga banyak membantu kita. Antaranya :

Set Penyusuan Shaklee 3M

1. Vitalea
2. B-complek
3. Sustain Release Vita - C
4. Ostematrix
5. Alfalfa Complek
6. ESP

Set Asas Penyusuan ( bgai bajet yang rendah)
1. Alfalfa
2.ESP

Berminat nak cuba supplement shaklee?? wassup saya segera dan harga mampu milik!



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Wednesday, 15 January 2014

MENGAPA SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK


Mahukah anda jika kami kongsikan satu info mengenai makanan paling hebat, paling berkhasiat, paling lazat dan paling sempurna buat permata hati yang bakal anda lahirkan?

Ya, itulah susu ibu, cecair bernilai lebih mahal dari emas permata kerana mengandungi kebaikan dan manfaat tidak ternilai buat bayi.
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Seluruh entiti perkhidmatan kesihatan dan para pakar kesihatan mengakui bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bayi baru dilahirkan sedang dilekapkan ke payudara untuk penyusuan kali pertama.

Mengapa susu ibu adalah yang terbaik?

Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.
Selain itu, susuibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana:
  1. Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap.
  2. Ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi.
  3. Kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar.
  4. Manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula.
  5. Penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan sentuhan kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.



Shaklee menyediakan set penyusuan yang terbaik dan dapat membantu ibu-ibu menyusu bayi anda bermula daripada kelahiran sehingga mencapai umur bayi pada usia 2 tahun.

Cadangan penyusuan shaklee adalah anda perlu mengambil supplement berikut:

  1. Vitalea - Multivitamin untuk tenaga
  2. Bcomplek - elakkan stress dan lebih bertenaga
  3. Vita - C - pertahanan badan , untuk kulit
  4. Alfalfa - milk booster
  5. Ostematrix - elakkan susu kurang ketika period
  6. ESP - milk booster
Set ini dipanggil Set Penyusuan 3M. Jom dapatkan daripada saya dan harga mampu milik!


Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Tuesday, 2 July 2013

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak


Assalamualaikum Semua...

Hari ni saya nak kongsi tips tentang penyimpanan susu badan yang kita pam di pejabat dengan cara yang betul. Kenangan mengepam & menyimpan stok susu adalah kenangan yang terindah bagi saya.. Di situ lah lahir pengikat kasih sayang antara kami ('',)


1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber:http://ummirdinacong.blogspot.com
Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah...
Sekiranya ingin maklumat lanjut boleh hubungi saya

post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

Sunday, 14 April 2013

Tips Penyusuan Ibu - Demand VS Supply


Alhamdulillah...Entry pagi ni saya tujukan khas buat ibu2 menyusu diluar sana.. saya masih lagi ibu menyusu.. anak saya kini berusia 7 bulan.. Cabaran saya masih ada 1 tahun 5 bulan untuk menyusu anak saya.... Memandangkan majoriti customer saya disini adalah ibu menyusu. Hanya perkongsian ilmu disini dan doa yang mampu saya kirimkan buat anda, sbb saya bukannya ahli magician.. ahaha.. ... setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya.. maka mari kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya.. Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka.. Kecekalan,azam, yakin padaNya.. in sha Allah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan.... Dan di bwah ini saya senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan....

_________________________________
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
 

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)



credit to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni




Jika anda berminat dgn pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.






* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
Tak percaya?. Sila baca

kisah2 ibu yg teruja dgn shaklee



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...