Testimonial Set Penyusuan Shaklee
Set vitamin Penyusuan Shaklee memang diakui memberi kesan positif kepada ibu yang menyusu. Perkenalan saya dengan Shaklee juga disebabkan set vitamin penyusuan Shaklee. Alhamdulillah. Ia sangat membantu ketika saya menyusukan Iman Haikal, anak lelaki comel saya. Jom saya kongsikan kisah seorang ibu yang juga berpuas hati dengan set vitamin penyusuan Shaklee:
kredit: Blog SihatHijau http://sihathijau247.blogspot.com/2012/03/testimonial-set-penyusuan-shaklee.html
*******************************************************************************
Selalu saya cerita tentang kebaikan vitamin dan juga produk Shaklee... Tapi kali ini berbeza... Saya nak cerita sendiri tentang pengalaman saya dengan supplement....
Saya mula mengenali Shaklee ketika melawat blog seorang ibu menyusu... Dari situ, saya mengenali Blog mamafaiz ni. Ketika itu sekitar November 2010. Saya pun mula mengulangkaji blog ni... saya baca entry by entry mengenai kebaikan vitamin yang dikongsikan oleh Kak Cery... Akhirnya sekitar Disember saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Menyusu...
Mengapa saya mencuba set menyusu? Sedangkan ketika itu, saya tidak menghadapi masalah untuk supply susu untuk anak yang berumur 7 bulan... hasil pam harian mmg cukup untuk menampung kepeluan baby saya.. Malah kadang-kadang boleh simpan buat stok... Dan kalau anda nak tahu, ketika itu, saya juga memiliki stok lebih kurang 750 Oz dalam DF saya!!!
Stok dalam DF
Jawapannya adalah, kerana saya ingin mencuba!!! Untuk maintain milk production saya demi meneruskan perjalanan penyusuan yang masih jauh dan dalam masa yang meningkatkan kesihatan saya sendiri... Mengapa saya kata begitu??? Tentu ibu-ibu bekerja maklum, menguruskan keluarga, anak-anak, suami disamping bekerja dan menjalankan rutin harian rumah tentu amat meletihkan... Tentu ramai yang kata, "aku pun kerja, aku pun ader anak dan suami"... yer, saya tak nafikan semua tu dan memang ramai yang mengalaminya.... Namun bagi saya, apa salahnya saya keluarkan sedikit duit untuk kesihatan saya sendiri, dan secara tidak langsung dapat menguruskan rumah tangga dengan baik... Malah saya sendiri sedar, pemakanan seharian saya tidak mampu menampung keperluan mineral, zat dan nutrien harian saya... Yerlah, kebanyakkan amalan memasak kita terutama hidangan melayu telah memusnahkan sebahagian besar zat dalam makanan itu... Menggoreng, menggunakan suhu melampau, masakan berlemak dsb. Oleh itu, mana mungkin kita mampu menampung keperluan nutrien badan kita...
Kesannya selepas saya mengamalkan vitamin-vitamin ni... Saya semakin bertenaga... Bangun pagi lebih ceria, tak mengantuk... proses penghadaman dan nyahtinja berjalan dengan lancar sekali... kat ofis pun saya segar jer.. takderlah layu2 nak tido... penyusuan berjalan dengan baik sekali dan production memang maintain.... hubungan suami isteri semakin baik kerana saya sentiasa 'bersedia berkhidmat'... hahhaha..... Malah masalah rambut gugur yang sering dialami oleh ibu2 yang melahirkan anak juga berjaya diselesaikan... Malah, saya yang dahulu agak kurang minum air masak, kini menjadikan air masak peneman setia... bukankah itu juga satu kelebihan dan kebaikan???
Ramai yang persoalkan, perlu ke vitamin untuk ibu menyusu??? Jawapan saya memang perlu... tapi bukan kerana penyusuan semata-mata, ia adalah untuk kesihatan diri kita sendiri... bukan bermakna setelah berhenti menyusukan anak kita tidak perlu lagi vitamin-vitamin ini... ia seharusnya diteruskan demi menjaga kesihatan kita... Ia dinamakan set penyusuan bagi memudahkan ibu-ibu menyusu memilih vitamin yg diperlukan... kerana tidak semua vitamin sesuai diambil oleh ibu menyusu... bukan kerana wajib diambil oleh semua ibu menyusu... saya dan Group Euphoria hanya berkongsi apa yang kami makan dan apa yang kami rasa... kami tidak memaksa semua orang untuk membeli dan makan vitamin... kerana kesihatan kita tanggungjawab kita, bukan orang lain....
Sejak dari itu, saya memang berazam untuk meneruskan pengambilan vitamin ini... dari segi kos, memang nampak macam mahal sket... sebab kita kira harga untuk sebulan, 2 bulan, 3 bulan... tapi cuba kita bahagikan kepada hari... nilainya tak setinggi mana... saya jamin setakat vitamin basic seperti untuk penyusuan, nilai harian lebih kurang RM3-4, manakala untuk Set optimum lebih kurang RM5-6... mahal ker??? Harga itu adalah untuk Vitalea (Multivitamin), B-Comp, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium/Magnesium) & Soy Protein... Cuba bayangkan, untuk kalsium kalau kita minum susu segar, sekotak dah harga RM4.++.. tu baru kalsium... macam mana dengan vitamin-vitamin lain???... so, fikir-fikirkan lah sendiri dan nilailah sendiri yer...
****************************************************************************
Saya bersependapat dengan Puan Syuhada. Pengambilan vitamin sebenarnya sangat berbaloi. Kita bukan sahaja menjaga kesihatan kita, malah kita juga mampu memberi susu yang berkualiti pada bayi. Apakah vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu.
Jom berikan diri anda satu percubaan untuk menggunkan produk Shaklee.
No comments:
Post a Comment