Salam Ceria mommies...
Mari kita mulakan hari ni dgn minda yg positif. Yakin padaNya dgn apa yg kita minta... Buat mommies yang merasakan susu merudum dan tidak cukup untuk membuat stok EBM, La tahzan!! No worries. Jom kita ikuti perkongsian dari Puteri tentang bagaimana beliau mengatasi masalah menyimpan stok semasa berpantang. Semoga mommies mendapat suntikan inspirasi dari perkongsian beliau... Yakin la kerana tiada yang mustahil dengan USAHA + Teknik Yg Betul + Doa !!
"TABAHLAH DALAM MENYUSUKAN SI COMEL TERCINTA. KETABAHAN ITU SUATU PILIHAN!" ~ Nik Ha
Puteri and her montel!selepas melahirkan adam, saya tidak menghadapi masalah yang besar untuk menghasilkan susu yang cukup. cuma saya dapati saya tidak mengalami bengkak susu yang kerap sepertimana ketika melahirkan aliyah. saya agak risau pada mulanya. walau bagaimanapun pengalaman sedikit sebanyak mengajar saya. adam menyusu setiap 2-3 jam, kadang- kadang boleh tidur sehingga 4 jam di waktu malam. dia tidak melekat lama dengan saya, cukup kenyang, dia terus tidur. ini adalah indicator yang saya guna untuk meyakinkan diri saya bahawa adam mendapat susu yang cukup dan mengenyangkan.walau bagaimanapun, selepas 3 minggu berpantang, saya masih belum menyimpan stok yang banyak. kali ini saya mahu mengumpul stok lebih awal, supaya tidak tertekan apabila semakin hampir masa untuk kembali bekerja. dan saya dapati, sukar untuk saya membuat stok sekiranya susu tiada lebihan. semua dah kena tapau dek adam!saya kembali merujuk kepada tips istimewa yang saya terima untuk membolehkan saya kembali mengumpul stok. saya berdisiplin membuat power pumping selama seminggu, makan vitamin dan minum ESP mengikut aturan. alhamdullilah, saya boleh mula mengumpul stok (tak ingat pun nak ambil gambar, masa tu mana lah ada blog ni pun hehe). akhirnya saya lega apabila jumlah stok adalah mencukupi untuk saya bersiap sedia kembali bekerja.
power pumpingbagi ibu- ibu yang mengalami masalah untuk stok susu sebelum kembali bekerja ataupun berasa bimbang melihat lebih banyak stok keluar dari masuk, anda perlu tabah memulakan power pumping. kekuatan mental adalah lebih penting berbanding kudrat tenaga di sebalik kaedah power pumping ini. ada masanya kita hanya dapat 1oz dalam masa sejam mengepam! tapi percayalah cakap saya, jika kita konsisten, kuat semangat, 1oz akan jadi 2oz, 3oz, 4 dan 5! tidak mengapa jika kita hanya mengepam angin (sampai naik hangin), yang penting otak kita menerima signal bahawa hormon perlu menghasilkan susu untuk memenuhi keperluan bayi. ingat ya kawan- kawan, tiada jalan singkat membesarkan anak termasuklah memberi mereka yang terbaik iaitu susu ibu. untuk ibu- ibu baru, atau bakal ibu, whatthefish is power pumping?! caranya:pam 10 minit, berhenti 10 minit, sambung lagi 10 minit, selama sejam. BOLEH?!minum air
mudah? hehehe..tak semudah yang disangka jika ia bukan tabiat kita. ada orang malas nak ke tandas (saya pun dulu- dulu), ada orang malas nak top up air bila dah habis (saya juga kadang- kadang), ada orang tak suka air putih, ada orang kata nak muntah minum air banyak- banyak. fikirkan. jika mama- mama beritahu bayi anda "sorry, mama tak minum air cukup hari ini, jadi mama tak dapat hasilkan susu yang cukup ya" baby mesti jerit "ada aku kesah??!!" jadi, jika betul mahu menyusukan bayi (apatah lagi nak buat stok) minumlah air secukupnya. jangan kerah badan anda untuk menghasilkan susu tanpa disokong dengan pengambilan air yang cukup. dan jangan sesekali assume yang kita cukup minum air. ambil botol 1L atau 1.5L, dan sukat berapa banyak dah minum sepanjang hari. saya yakin anda akan nampak perubahannya.
direct feeding
susukan lah bayi setiap kali bayi minta. mudah kan?!!
selain itu ibu- ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat. untuk memastikan kecergasan sepanjang hari (nak pegi office, nak sediakan itu ini, nak bermain dengan anak- anak, dan lain- lain) semua ini memerlukan tenaga. berilah badan anda sokongan yang sepatutnya ya mama!
mahu mengumpul stok atau mahu tenaga untuk mula power pumping secepat mungkin? saya cadangkan ibu- ibu mendapatkan set premium ini. apa yang ada dalam set ini?
set premium breastfeeding :
alfalfa, b complex, vit c, vita-lea, energizing soy protein & ostematrix
credit to : Blog : http://meandmyvitamins.blogspot.com/
Shaklee Independent Distributor
ID : 888214
Nurhafizah Abu Razak
call/sms/watsapp : 019-3009692
COD area : Jitra, Alor Setar, Guar Chempedak, Gurun dan Sungai Petani
No comments:
Post a Comment