MASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT.
Definisi Ketidaksuburan:
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.
Untuk Hamil :-
1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.
Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.
Penyebab Ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
Penyebab lain :
1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.
Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.
TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YG INGIN HAMIL1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Produk Program Kehamilan Biodex perlu diambil berterusan. Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tak berkesan kerana badan anda sudah immune dgn produk tersebut.
3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress ketika mengambil PKB.
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.
Untuk Hamil :-
1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.
Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.
Penyebab Ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
Penyebab lain :
1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.
Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.
TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YG INGIN HAMIL1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Produk Program Kehamilan Biodex perlu diambil berterusan. Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tak berkesan kerana badan anda sudah immune dgn produk tersebut.
3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress ketika mengambil PKB.
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita
yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki,
badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang
ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Polycystic
Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau
ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih
telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu
subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari
akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan
gangguan haid pada wanita tersebut.
Gejala
utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil,
mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah
tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang
banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang
bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.
Kejadian
penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf
yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka
untuk hamil dan melahirkan anak.
Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan
dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab
sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa
tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya
mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai
juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan;
malah ada yang berulang2 kali gugur.
I.Berbagai Jenis Gangguan Haid
Tanda
yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid
dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai
hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah
wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
II.Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atauobese.
Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas
ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak
teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur
kerana telur tidak dapat menetas.
III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita
pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka
waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit
sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama
seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan
mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari.
Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan
sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.
IV.Tumbuh rambut.
Setengah
wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh
misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada
kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon
lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering
berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Apakah puncanya ?.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh
itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita
tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon
follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH –
tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon
progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) –
meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada
kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam
darah wanita tersebut.
Mungkin
ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini.
Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis
makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan
pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian
penyakit PCO.
Faktor
stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang
dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga
atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada
memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.
Ciri ovari dalam ultrasound.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’
ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua
atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah
mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”.
Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang
telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana
ada gambar “polycystic ovary”.
Merawat polycystic ovari
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana
sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk
mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun
kemandulan.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haidsupaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haidsupaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
Dalam
merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan
ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat
badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat
badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah
kurang daripada 60 kg.
Untuk
mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan
disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk
mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental
supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan
mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam
kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise
yang sewajar.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Dari
segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering
dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti
berikut.
Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respons
yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di
kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka
tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.
Walau
demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan
pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika
terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh
membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat
kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon
Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima
hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang
berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh
menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
Ubat Metformine
Sekarang
ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis
digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan
ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut
kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas
telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Lagi info tentang PCOS boleh dibaca dari :- http://www.squidoo.com/hart45
PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit
endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai
yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin
ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan
oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah sepertipendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah
tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput
ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah
dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan
endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar
‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana endometrium terjadi
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),
tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di
tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan
anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar
biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana
tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa,
tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba
menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada
kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui
saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya
luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis
sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.
Ada
juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain
melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya
kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan
bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang
sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di
kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi
I.Q.nya.
Ada
juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah
lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya
kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah
apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia
mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada
rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku
lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cystskerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.
Simtom-simtom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupunkesakitan pada
bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak
remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas
kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan
anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit
endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum
datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada
bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya
rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika
keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak,
kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid
sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan
bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah
melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim.
Kesakitan
juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya
menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu
membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh
perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus
besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.
Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit
endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah
terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada
buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak
dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi
di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun
tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali
Endometriosis
juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga
bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak
mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan
dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh
membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang
mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Tanda-tanda
atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah
berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di
bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada
waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang
berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
Mendiagnos penyakit endometriosis.
Daripada
tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap
berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa
pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit
yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani
pemeriksaan ultra-saun melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor
dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis
Oleh
kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah
ketidaksuburan telahpun berulangkali gugur disertai oleh senggugut,
mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan
rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana
keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama
sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat
endometriosis daripada merebak.
Pembedahan untuk membuang endometriosis
Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted)
pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan
pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada
bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci
untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan endometriosis.
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah
ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan
dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan
yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada
saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan
diperbetulkan sekali.
Selain
daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga
dilakukan untuk merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak
ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau
lain-lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan
tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini.
Dalam
beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan
secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex.
Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan
sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid.
Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah
perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh
rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga
merupakan satu kesan sampingan juga.
Saya
sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat
pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah
kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan
pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan
lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim
kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap
dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit
endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit
endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya
dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus.
Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau
mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu
hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak
kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan ia berulang
adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi
amalan mengawal pemakanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang
menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu
atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya.
Latih diri untuk tenang fikiran dan jauhi gangguan emosi. Gunakan
kaedahkaedah untuk menangkis stress dengan berfikiran positif.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan
untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang terakhir bagi
mereka yang mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan
semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin
tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di
samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap
bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja seharian. Ia
mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang
mengganggu kehidupan seharian serta menyebabkan masalah hubungan suami
isteri dan juga mengganggu wanita untuk membuat amal ibadah
Jika
ini berlaku, tiada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar
iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya
kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umur 40 lebih tetapi
dalam keadaan di mana penyakit itu sangat teruk.Kita juga melakukan
pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun apabila tiada harapan
lagi untuk wanita itu hamil.
Rumusan
Penyakit
endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara
yang tidak diketahui tetapi menimbulkan berbagai-bagai masalah pada
wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim
dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang
beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada
kaitan orang halus mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu
agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan
alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah
perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional boleh digunakan selagi
cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik. Mungkin juga
terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin
masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit
endometrosis dan memulihkan keadaan kembali subur seperti biasa.
Masalah Fibroid
MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?
Umur
empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana
dalam jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan
jasmani, mental, emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin
membincangkan satu aspek perubahan jasmani yang boleh mengancam atau
menjejaskan kesihatan seseorang wanita yang menjangkau umur empat
puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka yang berumur dalam
lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam peringkat
ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada
perubahan itu ialah gangguan haid.
Pelbagai Gangguan HaidPelbagai
gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak
teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta
berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika
turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi
lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang
diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak
tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula
yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita
itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada
pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar
sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka
yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa
bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak.
Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas
melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu
yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
Saya
ingin menekankan di sini, bahawa gangguan haid pada wanita dalam umur
sekitar empat puluhan atau lebih, boleh menandakan penyakit yang sangat
berbahaya dan ditakuti seperti kanser pangkal rahim.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.
Gangguan Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam RahimGangguan
haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam
rahim. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan,
penyakit yang sering menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging
pada dinding rahim, iaitu ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Walau
bagaimanapun, ada penyakit-penyakit lain yang lebih ditakuti seperti
kanser pangkal rahim, kanser rahim dan ketumbuhan lain seperti
endometriosis, adenomysis dan jangkitan kuman di dalam perkakas
peranakan.
Bagaimanapun,
saya hanya akan membincangkan tentang fibroid kerana saya percaya,
bahawa ini merupakan ketumbuhan dalam rahim yang paling sering
menyerang wanita. Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku, namun
tidak kesemua ketumbuhan ini menimbulkan masalah dan kadang-kala
seseorang wanita tidak sedar dia mempunyai ketumbuhan tersebut sehingga
akhir hayatnya kerana ketumbuhan itu tidak menimbulkan apa-apa tanda
ataupun gejala yang boleh mengancam kesihatannya.
Apakah Ketumbuhan Fibroid?Ketumbuhan
fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim,
khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan.
Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.
Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang
boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil.
Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini
akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini
akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan
boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi
tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium.
Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila
seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan
luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid
adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan
endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya,
campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan
menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang
saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai
orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada
lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah
diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang
lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25
peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi
penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan
mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak
menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada
yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di
kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga
yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga
sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah
ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka
juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana
darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai
masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana
yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah
diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering
berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang
pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid.
Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga
puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun
mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu,
mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian
mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan
apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar
untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi
tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang
dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi
kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan
rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka
rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan
progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering
dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu
kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid
seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit
ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan
wanita moden yang bekerja.
Tidak
ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini
dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun
jangkitan kuman.
Apakah Gejala-gejala Fibroid?Fibroid
mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara
senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan
masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh
terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita
itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh
kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak
menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan
rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang
hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya
dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana
biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika
seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas,
ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang
wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat
rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan
fibroid juga akan mencerut.
Gangguan HaidSaya
telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan
fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh
menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan.
Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan
menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid
boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di
kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah
beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan
pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami
masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang
mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga
wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi,
di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid
terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan
keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala
menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang,
melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi
kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi
turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid
kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan
tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan
degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang
mengandung dengan fibroid pada rahim.
Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air KencingPundi-pundi
air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air
kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu
ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika
seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan
menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu
sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing,
tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh
mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan
tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita
dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah
juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan
fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid
kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita
yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas
berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk
melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum.
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam
hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
Apakah Fibroid Perlu Dirawat?Seperti
yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak
menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil
sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50
tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada
kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan
untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat
ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan
ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional
seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan,
khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang
ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan
untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan
menjadi satu penemuan yang luar biasa.
Fibroid Dirawat Secara PembedahanRawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah
pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum
seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara
yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau
tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi
wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang
mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui
perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan
ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi,
kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin
tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin
memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut
perlu dibuang sekaligus.
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan
yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya
mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin
mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah
menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan
berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan
ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu
perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan
lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.
Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan Dipengaruhi oleh HormonKejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi,
kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah
melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan
kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita
tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi
biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana
tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan.
Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar
biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal
ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid
tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada
bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana
kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita
itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan
hysterektomi.
Ketumbuhan
fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim,
biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna
tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya
kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping
itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan
memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran
peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair.
Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas
pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj,
kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan
saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi
lebih kukuh lagi.
Akhir
kata, saya ingin menekan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan
yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak
diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian
tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid,
kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini.
Rawatan yang mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan
tersebut sama ada ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau
hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur empat puluhan ialah tahap umur
yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan fibroid.
Oleh
itu, saya ingin menyeru sekali lagi supaya wanita perlu bertemu dengan
doktor pakar sakit puan untuk dapat pemeriksaan, khususnya mereka yang
mempunyai masalah yang saya nyatakan di atas.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak
No comments:
Post a Comment