Sunday 21 July 2013

My Breast Pump Collection - Medela tetap di Hati

Salam semua..
Kali ni saya nak share dengan anda semua tentang breastpump yang saya guna sepanjang penyusuan anak pertama dan anak kedua saya. Biasa la waktu dalam pantang items yang kena stand by adalah breast pump. Actually, Medela ni saya baru kenal waktu first time nak beli masa anak first. Masa tu my hubby dah beli set Medela Mini Electric ( Dalam set ni dalam beg dan ada tempat cooler bag skali). Harga boleh tahan la..RM 5XX.XX.

Masa anak first ni saya kurang yakin nak menyusu anak so susu perahan saya tak stand by banyak pun. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya menyususkan anak pertama saya selama 1 tahun 6 bulan dan kemudian saya mengandung anak kedua.

Gambar Medela Mini Electric yang saya pernah guna..
Koleksi breastpump Pertama


Type : Medela - Mini Electric Breast Pump 
Product information :
  • 1 milk pump Electric Mini
  • 1 Power Adapter
  • 1 milk teat size S


Koleksi breastpump Kedua

Medela Harmony

Yang ni saya beli masa pregnent anak kedua. Alhamdulillah, masa dalam pantang saya berjaya kumpul stok susu. Hanya dengan medela ni ja. Syukur..Alhamdulillah..rekezi anak saya



Type : Medela - Harmony Manual Breast Pump 
Product information :
  • 1 milk pump harmony
  • 1 SoftFit breast shield
  • 1 standard breast shield
  • 1 milk teat size S
Hari ni saya nak kongsi tips tentang penyimpanan susu badan yang kita pam di pejabat dengan cara yang betul. Alhamdulillah, saya dapat berjuang mengepam & menyimpan stok susu badan sehingga anak saya umur 2 tahun. Sehingga sekarang anak saya masih menyusu dengan saya tapi rutin mengepam di pejabat tiada lagi dijalankan kerana anak saya telah berumur 2 tahun 2 bulan. Dia hanya menyusu apabila dia berada di sisi saya. Kenangan mengepam & menyimpan stok susu adalah kenangan yang terindah bagi saya.. Di situ lah lahir pengikat kasih sayang antara kami ('',)


1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:


  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.


4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:

  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.




post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

No comments:

Post a Comment

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...