Assalamualaikum wbt..
Salam petang Jumaat. Hari ni tak sempat nak menaip blog..so saya nak kongsi pembacaan blog susuibu berkaitan ADAKAH SUSU IBU BERKURANGAN DISEBABKAN OLEH KETURUNAN?
Jom baca maklumat yang dipetik dari blog tersebut:
===========================================
Puan Kamariah selaku moderator memulakan sesi ini dengan menceritakan
satu kisah benar mengenai seorang nenek yang menjaga cucunya, berjaya
menyusukan cucu tersebut selepas beberapa hari memberi cucunya menghisap
payudaranya. Daripada kisah ini, kita dapati bahawa setiap wanita mampu
menyusukan bayi mereka.
Pada awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum di mana ianya
memang cukup untuk seorang bayi. Kadang kala, kita tidak akan nampak
kuantiti kolustrum yang keluar kerana ianya terlalu sedikit sesuai
dengan saiz perut bayi yang ketika itu hanya sebesar biji guli. Ibu
tidak sepatutnya risau kerana jika adanya rangsangan pada payudara pada
hari awal kelahiran, maka akan terhasilnya susu baru selepas itu. Proses
ini dipanggil proses pengaktifan kilang di mana kilang susu akan
menghantar signal kepada otak untuk menghantar hormon yang akan
menghasilkan susu jika terdapatnya rangsangan pada payudara.
Ibu-ibu juga seringkali risau kerana pada hari-hari awal kelahiran,
payudara mereka sangat lembut. Dan situasi ini menyebabkan ramai ibu
yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai susu. Perlu diingat
bahawa, terdapat kelebihan jika payudara lembut pada awal kelahiran.
Pertama, ia belum memberi kesakitan pada ibu. Bayangkan jika payudara
membengkak pada hari pertama selepas kelahiran, dapatkah kita menanggung
kesakitan tersebut ditambah dengan kesakitan bersalin? Ini adalah
hikmah yang tersirat disebaliknya. Kedua, payudara yang lembut
memudahkan bayi kita untuk belajar menyusu dan memberikan keselesaan
kepada mereka.
Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ada faktor lain yang
menyebabkan mereka menangis seperti tidak selesa (sejuk, panas, gelap,
cerah, kencing, berak). Usah risau kerana bayi yang lapar sebenarnya
telah berkomunikasi dengan ibu mereka pada awal kelahiran. Jika mereka
lapar, mereka akan menunjukkan reaksi melalui mulut, tangan, kaki dan
seterusnya jika tidak diperhatikan mereka akan menangis. Jadi, ibu-ibu
perlu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan mereka supaya mereka tidak
marah dengan menangis.
Sempat juga dikongsikan bersama halangan-halangan untuk menyusukan
bayi. Antaranya ialah susu tidak keluar pada hari-hari awal kelahiran,
anak seperti tidak kenyang (asyik menangis), puting melecet (mungkin
salah pada lekapan dan posisi menyusu), orang yang lebih berpengalaman
(ibu, mertua atau ipar duai).
Sebagai kesimpulannya, tajuk yang diberikan adalah tidak benar sama
sekali. Kebanyakan ibu kurang/tiada susu bukanlah disebabkan keturunan
tetapi ia disebabkan amalan dalam keluarga tersebut yang boleh
mendatangkan kesan kepada penyusuan ibu. Ketahuilah, hanya 1-2% sahaja
wanita yang tidak dapat menghasilkan susu badan untuk bayi, dan ia
disebabkan masalah kesihatan ibu itu sendiri.
Disediakan oleh : Nur Ain Sha’ari
kredit to :susuibu.com
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak
Welcome and thank you for visiting Ummeevytamin.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement. I am Trusted Ambbasador Jamu Tun Teja with ID : 000296 area Jitra, Kedah and Delivery throughout Malaysia. WhatsApp/cal/text : 0193009692 (Puan Nurhafizah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI
Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye.. camne boleh lost 6kg dalam masa ...
-
Info yang perlu anda tahu sebelum memilih set slimming Herbalife atau Shaklee Sedikit latar belakang syarikat HERBA...
-
MASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT. Definisi Ketidaksuburan: Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering menga...
-
Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye.. camne boleh lost 6kg dalam masa ...
No comments:
Post a Comment