Saturday, 29 March 2014

Dileme Ibu Bekerja

Ibu berkerja…pagi pagi buta dah bangun siapkan apa yang patut untuk suami berkerja dan anak-anak kesekolah, termasuklah untuk diri sendiri. lepas sepagi bertungkus lumus, keluarlah ibu untuk ke pejabat, sekolah, kilang,kedai dan suami juga demikian..sebelum itu, baju siang anak disiapkan untuk dipakai ketika di taska nanti atau selepas anak pulang dari sekolah nanti. Anak anak mencium tangan  ibu dan ayah sambil ibu dan ayah mencium dahi anak-anaknya. Berpisahlah sekeluarga dipagi hari dengan ibu bersama haluannya, ayah bersama haluannya dan anak anak juga bersama haluannya…
8 hingga 12 jam berlalu…..ibu bergegas pulang dari kerja menjemput anak anak dari taska…sampai di pintu taska, anak-anak sudah pun menunggu di pintu gerigi besi taska. Rakan rakan yang lain semua sudah pulang kepangkuan keluarga masing masing. Sekilas kelibat kereta ibu kelihatan, anak anak melompat lompat riang…ibu dah pulang…ibu dah pulang…mereka miliki kembali ibu mereka setelah sehari suntuk dibelai, dimanja oleh si penjaga…

Ayah mana ibu?..Ohhh ayah terpaksa kerja lebih masa..nanti malam ayah pulang ye nak…sampai dirumah sudah senja..anak anak mandi, ibu sibuk lagi didapur menyiapkan makan malam keluarga..Ayah pulang dari kerja..anak anak sekali lagi menerpa ayah mereka yang terpisah dari mereka sekian lama…seronok tidak terkata ketika itu, tapi sayang ayah dan ibu sudah penat bekerja. Tak terlayan anak anak yang sedang ingin bermanja..ketika makan sempatlah ayah dan ibu berbual dengan anak anaknya..
malam sudah lewat, anak anak pun masuk tidur tapi ayah dan ibu masih berjaga sebab esok sedang menunggu untuk mereka ulangi episod kehidupan mereka seharian…

Inilah diari kebiasaan ibu bekerja , termasuklah saya. Memang dikira sebagai di dalam dilema, diantara kerjaya, keluarga dan anak anak. Tapi apa kan daya , terpaksa bekerja demi membantu suami, dan menstabilkan ekonomi rumahtangga. Di antara kerjaya, keluarga dan anak anak, saya terpaksa memilih salah satu untuk diutamakan, walaupun keluarga dan anak-anak paling utama bagi saya. Kalau boleh , saya nak kesemuanya sekali tanpa perlu memilih salah satu darinya.

Tekad dihati ini mahukan perubahan..anak anak tak mahu lagi ditinggalkan..sepatutnya anak anak membesar dengan tangan saya sendiri, bukannya dengan tangan orang lain semenjak umur 3 bulan sampailah mereka habis sekolah.

Jam 8 pagi sampai 6 petang, diri ini “milik” BOS di office. Jam 6 petang sampai 7 pagi barulah diri ini milik keluarga. Peluang lihat anak2 membesar depan mata tak kesampaian. Pejam celik, anak2 dah besar.
Ramai  wanita berkerjaya makan gaji macam saya alami dilema seperti ini. Tersepit antara dua. Kerja dan keluarga.

Lalu saya mulakan langkah pertama supaya saya tidak lagi perlu memilih antara kerja dan keluarga. Apa yang saya mahu adalah keluarga, dalam masa yang sama saya tetap mempunyai kerjaya. Jawapan kepada itu adalah tak lain tak bukan, BERNIAGA. Tapi berniaga apa? Nasi lemak? goreng pisang? kain baju? restoran?…boleh..tapi hilang juga matlamat untuk sentiasa disamping anak2.

Saya hanya bermodalkan RM65 dan azam ingin berubah dan merubah, memulakan bisnes SHAKLEE dengan tunjuk ajar mentor yang juga sahabat baik saya.

Memang betul bagai dikata. Kalau nak berjaya , buatlah apa kerja sekalipun tapi mesti dengan bersungguh sungguh dan yakin denagn rezeki yang Allah janjikan. Walaupun masih menjalankan bisnes secara separuh masa, Alhamdulillah sudah menampakkan hasilnya sekarang. Walaupun tak sehebat dan sebanyak sahabat sahabat dan mentor saya yang kebanyakannya dah PENCEN seawal 35 tahun dengan pendapatan 6 angka, saya bersyukur kerana Allah berikan jalan ini kepada saya walaupun baru mencecah pendapatan sampingan 3 angka.

Ibu-ibu bekerja yang membaca artikel ini pasti rasa apa yang saya rasa. Jadi ambillah langkah pertama untuk berubah dan mengubah. Kalau orang lain boleh, kalau saya boleh, saya yakin semua ibu2 pun boleh. Ingat kata kata ini,

” KALAU TIDAK MELANGKAH, PASTI TAKKAN KEDEPAN”

“PERJALANAN 100 BATU BERMULA DENGAN 1 LANGKAH PERTAMA”

bagi yang mencari cari peluang untuk pendapatan tambahan, dan juga mencari peluang pencen muda, boleh
Hubungi saya terus.

Semoga niat dan usaha kita dinilai baik oleh Allah..Aminn


Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

No comments:

Post a Comment

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...