Sunday, 6 April 2014

Motivasi Untuk Diri Sendiri

Salam ceria pagi minggu utk semua pembaca yang singgah di blog ini. Apa yang saya coretkan dan kongsi disini adalah utk kebaikan bersama dan peringatan diri sendiri jugak..
“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.” “Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”
Apabila saya baca kata2 ustaz kat atas tu.. phew..mmg menyentuh hati.. Makanya dipagi hari minggu ni saya perlu renung kembali pengisian masa seharian saya..bukan sahaja dlm bulan ramadhan, tapi juga dalam bulan2 biasa yang lain.. Adakah masa yang kita lalui adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah? Dan berikut sebahagian daripada tips yg saya baca ..ianya amalan dalam usaha mendapat keberkatan masa.. utk peringatan diri saya jugak..
1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Banyak kelebihan bangun pagi ni.. ANtaranya murah rezeki.. dan rezeki ni dtg dlm pelbagai bentuk yer.. Dan memandangkan bulan Ramadhan ni kita bersahur.. rasanya bangun dalam pukul 5 pagi boleh jadikan habit/rutin forever.. 2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tapi kalau anda jadikan ianya habit, dlm 5-10minit dah boleh habis baca..Sekejap je.. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya. Dulu saya biasa mengamalkannya hari2 sebab kalau tak silap saya, ada seorang ustaz pernah bgtau saya, ianya bagus utk mencerahkan hati dan muka kita gak.. maksud saya kita akan mudah utk mengetahui hati budi org .. Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. . Tapi kadang2 saya pun jadi leka tak sempat buat hari2, sbb tu kene start balik habit ni 3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Pastikan anda tulis pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga Tangguhkan kerja ni antara bad habit saya..huhu.. jadi tips yg saya baca ni, katanya "Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” 5. Sentiasa bawa buku bersama
Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah. Saya suka tips ni, jadi makanya selain dari small log book dan calculator yg ada dlm handbeg saya, kene tambah satu lagi.. BUKU utk dibaca. Jadi tidaklah masa tu diisi dgn benda2 yg tak bermanafaat.

Sekian perkongsian motivasi hari ini.. Semoga hari hujung minggu ini membawa keceriaan dan keberkatan buat kita semua...


kredit to mamafaiz

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan Produk boleh hubungi saya di :
post signature
Puan Nurhafizah [fizah]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888214]
Call/Text/Whatsapp : 019-3009692
Email : fizah_eve@yahoo.com.sg
Facebook : http://www.facebook.com/fizah.razak

No comments:

Post a Comment

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT HANYA 14 HARI

Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa ...